anda berada di kawasan Puan Mell | jangan lupa +Follow | Dashboard

Alif ba taa.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tadi ada sorang unkel cina ni dengan cucu dia umo around 4 tahun. datang baya bil kat opis aku ni.
biasa unkel tu memang selalu la suruh cucu dia tu cakap bahasa melayu ngan aku.
ala. " nama saya lim. makcik apa kabar? " beria2 unkel tu suruh cucu dia sembang ngan aku. haha.
syukrii nganga je tengok. hek!

tapi tadi dia suruh cucu dia baca alif ba ta sampai ya.. seriesly la. kagum gak la aku..
umo baru 4 taun. berbangsa cina lak tu. boleh baca alif ba ta kan.. kalau ABC tu celah gigi jela kot. hihi.
bukan takat baca aliff ba ta. siap eja nama dia dalam jawi. " lam ya mim " so cute!

aku tanya la unkel tu. mana cucu dia belaja. sekolah ke. yela.. mana tau kot2 hantar taska ke kan. sebab taska/tadika kat area taman sini dia ajar rangkum semua. ada kelas iqra, kelas tamil, kelas chinese bagai. aku teringin jugak nak hanto syukrii ke situ kalau ada rezeki.. anak kakak indonesia yang kawen ngan india sebelah rumah aku hantar anak dia situ. so far memang bagus lah kata dia.
eh.. ! meleret sudah. haha.

unkel tu jawap apa tau. cucu dia belajar thru CD je. wahh... kagum lagi. kira bagus sangat kan atok dia. bagi cucu belajar semua tu. atok la. sebab mak ayah dia pi kerja. atuk yang ngasuh dia. hehe..
tengoklah.. anak cina pun belajar bahasa jawi. anak-anak melayu sibuk nak ajau bahasa omputih bagai. lupa bahasa quran. ni untuk mak bapak terlebih moden la ye.. aku percaya korang semua tak kan?

syukrii .. Alhamdulillah.. lancar ikut kita baca aliff ba ta sampai ya. huruf pun banyak jugak yang dia kenal.
sebenarnya.. dia lebih lancar ikut baca alif ba taa dari ABC. walaupun ABC tu dia bole baca. hehe. anak aku nak jadi pak habib kot nanti.. kihkih..


syukrii suka sangat bideo ni. alif ba ta sa!!

.
~cyaa~
tu jela kot nak bebel.

4 comments:

  1. ohh kagum juga..bkn senang kot org cina yg nak belajar alif ba ta dan jawi..ehh pompuan indon mmg byk kawen ngan india.sbb kawan pada opismate sy yg satu tadika ngan anak dia pun camtu.katanya org India suka org melayu..tp nak tukar agama susah kan,tu yg indon jadi pilihan.dah tersasar tajuk pulak komen.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. indis tu msuk islam PK. malah lebih islam dr melayu. lupa nak mention. hahaha

      Delete
  2. Wow....kagum jugakkk....
    Respect la mcm niiii kannn

    ReplyDelete
  3. Pernah juga terfikir nak hantar Luth ke tadika Cina supaya dia belajar bahasa cina. Tapi bila fikir2 balik, yg bahasa lain tu semua hanyalah keperluan untuk hidup di dunia. Lebih baik aku bekalkan dia dgn ilmu yg dpt bantu di akhirat terlebih dahulu. Bahasa2 lain tu, nnt dia dah besar, pandai2 la dia cari sendiri.

    ReplyDelete

tengkiu for komeng.. i'll catch yuu.. ngehh..

 
Denim Template. Re- Edited by Puan Mell. ALL RIGHT RESERVED.