Bila blog ku di temui.


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
apa khabar kawan-kawan.. 

Ingat tak dulu dulu dulu..... punya entry. aku ada bagitau yang aku kalau boleh taknak blog aku ditemui. 
( poyo je kan. dah kau buat blog. kau bajet orang  tak jumpa ke mell? hahaha.)
yela.. segan dengan blog peribadi yang bukan banyak ilmu sangat pun. yang ada resepi je kot. btw.. blog ini ditemui pun pasal resepi. kahkahkah.

akhir-akhir ni.. ramai lak kawan kawan yang terjumpa blog aku ni. tak kurang jugak.. menjumpakan blog ni. haha.
sekarang.. biolah orang jumpa pun.. janji koramg klik iklan. kahkah. rasa-rasa ada jugak la kot ni sepupu sepapat yang jumpa ni. cuma tak bagitau je kot. kuikui..

aku sekarang ni.. dah tak berapa aktif dah kot nak menulis macam dulu.. skill pun dah kureng..
masa pun tak hada ekceli.. maybe akan datang bersawang-sawang kembali lah blog aku ni.. haahaha
sebab mungkin selepas ni aku akan kembali sebagai fulltime mak di rumah. hee~.
menanti sampai waktunya veranak. then, lepas tu baru pikir nak projek apa pulak nanti..

err... tiba-tiba blank pulak hotak nak taip apa. kehkeh..
apapun.. walaupun aku muncul kejap kejap je up entry. aku blogwalking lah kat blog kawan-kawan blog yang lain. cuma kadang-kadang tak sempat drop komen.. sebab masa dan si abam syukrii mencumburui waktu senggang aku. haha..

andai satu hari aku menghilang lagi.. ingatlah daku selalu.. di sini banyak yang aku coretkan tentang suka duka aku.. ada yang dah padam entry pun ada. hak!.
mungkin ada kata yang menguris hati para pembaca. maafkanlah daku.. 

oklah.. cyaa~~

tepek satu gamba abam syukrii. 









Alif ba taa.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tadi ada sorang unkel cina ni dengan cucu dia umo around 4 tahun. datang baya bil kat opis aku ni.
biasa unkel tu memang selalu la suruh cucu dia tu cakap bahasa melayu ngan aku.
ala. " nama saya lim. makcik apa kabar? " beria2 unkel tu suruh cucu dia sembang ngan aku. haha.
syukrii nganga je tengok. hek!

tapi tadi dia suruh cucu dia baca alif ba ta sampai ya.. seriesly la. kagum gak la aku..
umo baru 4 taun. berbangsa cina lak tu. boleh baca alif ba ta kan.. kalau ABC tu celah gigi jela kot. hihi.
bukan takat baca aliff ba ta. siap eja nama dia dalam jawi. " lam ya mim " so cute!

aku tanya la unkel tu. mana cucu dia belaja. sekolah ke. yela.. mana tau kot2 hantar taska ke kan. sebab taska/tadika kat area taman sini dia ajar rangkum semua. ada kelas iqra, kelas tamil, kelas chinese bagai. aku teringin jugak nak hanto syukrii ke situ kalau ada rezeki.. anak kakak indonesia yang kawen ngan india sebelah rumah aku hantar anak dia situ. so far memang bagus lah kata dia.
eh.. ! meleret sudah. haha.

unkel tu jawap apa tau. cucu dia belajar thru CD je. wahh... kagum lagi. kira bagus sangat kan atok dia. bagi cucu belajar semua tu. atok la. sebab mak ayah dia pi kerja. atuk yang ngasuh dia. hehe..
tengoklah.. anak cina pun belajar bahasa jawi. anak-anak melayu sibuk nak ajau bahasa omputih bagai. lupa bahasa quran. ni untuk mak bapak terlebih moden la ye.. aku percaya korang semua tak kan?

syukrii .. Alhamdulillah.. lancar ikut kita baca aliff ba ta sampai ya. huruf pun banyak jugak yang dia kenal.
sebenarnya.. dia lebih lancar ikut baca alif ba taa dari ABC. walaupun ABC tu dia bole baca. hehe. anak aku nak jadi pak habib kot nanti.. kihkih..


syukrii suka sangat bideo ni. alif ba ta sa!!

.
~cyaa~
tu jela kot nak bebel.

Resepi : carrot cake simple





lama tak hapdate woiii...
entah apa nak hapdate pun tak tahu. nak taip banyak-banyak memang tak boleh lah..
lil habib tu dok ngaco kan.. nak tengok omen ( ultraman).. nak tengok eebott (transfomers)
nak tengok api ( thomas and friends). and many more. pc ni dah jadi milik dia kot. hahahaha.

oklah.. beberapa hari yang lepas. ( baru nak hapdate? )
aku buat kek karot. simple sangat ok. maklumlah.. aku ni suka yang simple. hohoho.
syukrii ni kan budaknya payah nau nak makan sayur. macam2 cara. dressing lawa2 pun dia gelak2 je tengok. pastu "wowwww".
last2 amik suap mulut ummi. huwaaa...
so, akhirnya dapat idea nak wat kek karot ni.
dia ikut abah dia tau. karot tak makan tapi karot susu minum lak. hahaha.

oleh kerana dorang xmakan sayur tumis karot. aku pun buatlah karot susu.
then, hampas tu macam sayang lak kan. eh! buat kek lah..
sedap and gebuss jugak yu olss!!!


let see da recepiiii...

Carrot cake with raisin
  • 1cawan tepung kek
  • 1cawan minyak
  • 3/4 cawan gula. Nk half gula half susu pekat pn bole. Adjust la.
  • 2 biji telo.
  • 1 sk ovelet.
  • 1 cawan hampas karot

cara : 
Blend telo,gula n ovelet sampai kembang. Ayak tepung. Campur minyak n telo yg di blend td dan juga hampas karot. Gaul sebati. Masuk loyang. Tabur raisin @ badam. Kukus 45 min. Nk bakar pn bole.




tadaaa!!


yummiehh!!!