anda berada di kawasan Puan Mell | jangan lupa +Follow | Dashboard

Ragam.



 
lama aku tak bercerita tentang ragam syukrii kan..
sekarang dah nak masuk 2y2mo dah umo dia..
dah pandai bercakap walaupun tak terus.
pelat! hahaha..

umor-umor camni agaknya suka meniru kelakuan orang kan..
dia akrab ngan abah dia.
memang banyak menurun perangai abah dia la.
suka mengusik budaknya. sama  naik dorang anak beranak ni tau..
ummi la jadi mangsa. huhu.

lagi.. oleh sebab selalu tengok ummi. nak bangun ke nak duduk ke. sebut ALLAH..
dia pun sama.. nak bangun berdiri ke. nak duduk ke.. Allah... katanya. ala.. macam nenek2 tu.
hahaha..
barang jatuh ke .. terkejut ke,, tu pun dia sebut, Allah... ajimm... Astagfirullahalazim la tu....
dah jadi habit pun.

menguap ke.. bersin ke.. dia sebut Alhamdulillah.. kadang tu ummi termenguap pun dia cepat tolong tutupkan mulut ummi. pahtu sebut Alhamdulillah. haha.. semua pun Alhamdulillah kat dia.

Dia ni agak kurang sabar jugak kadang2. if nak sesuatu tu.. jam-jam tu jugak kena bagi. kalau tak dia ngamuk. so memang ummi selalu bagi ayat 'SABAR ITU SEPARUH DARI IMAN"
"ASSOBRU MINNAL IMAN"
dalam ngamuk2 tu pun .. bila ummi cakap.." Syukrii... sabar itu separuh daripada??...."
"imannn" jawapnya. tahu pun kan.  haha.
kadang nak marah pun tak jadi.

Bab ramah lak. aduhai.. kadang terlebih ramah dia ni.. oleh kerana kerja ummi memang layan orang yang datang bayar bil. semua orang pun dia nak tegur and ajak sembang.
asal orang gurau ajak ikut. laju je nak ikut. sungguh tak malu! ngamuk pulak tu bila tak bawak. haih!
segan ummi kadang-kadang tau. kena yang dapat yang suka melayan takpe la. kena yang menyombong tak suka budak. buat malu je. ada jugak tanpa segan silu depan aku di haip nya anak aku. budak tu ajak sembang je kot.
syukrii dia depan je sound. " Acik garangg ni.. arahh.. "
Hahaha..


kalau bab nak dapat adik ni. dia sayang la kot adik dia.. suka ciyum perot aku. dia kata ada adikk.. hehe.
kadang tu tak bagi abah dia dekat langsung ngan aku. nak manja ngan abah dia memang tak boleh. baru nak baring celak ketiak abah. dia pun laju je datang menyelit pastu tolak abah dia jauh-jauh. haha.
kadang aku ni pening kepala nak layan. dua-dua beranak manja. tu baru depa dua. sok tambah adik lak. pengsannn... kahkah.

ekceli banyak lagi ragam dia ... nak cerita keras kejung jari kot nak menaip. hahaha..

anak manja abah.


cyaa~

Nugget ayam homemade




aku baru pertama kali buat nugget ayam comey2 gitu.. selalu dok buat nugget huduh je. hehehe.
haritu beli isi ayam peket tu.. rm5 hengget.
google punya google..
aku hentam je resepi yang paling mudah.
biasalah.. aku ni mana suka renyah2. hat mudah-mudah je.

berjenis la sikit dari dulu2. haha

Nugget ayam Homemade
bahan :
  • isi ayam - ikut suka. 
  • tepung gandum sikit. agak-agak 3-4 sudu.
  • lada sulah
  • garam
  • telur 3-4 biji
  • serbuk roti.
cara-cara :
  • hancurkan isi ayam. aku blend.
  • campur dengan tepung dan bahan lain. telur 2 biji. aku letak 1 biji je. gaul sebati.
  • bentukkan celup dalam telur yang telah di pukul.
  • pastu.. tabur serbuk roti rata sekeliling daging ayam yang dibentuk tadi dn di celup telur tadi.
  • goreng. nak simpan dalam sejuk beku pun boleh.

not bad. my love cakap macam beli je. lagi pueh hati makan.

selamat mencuba.!

nota kaki : nak wat serbuk roti homemade. leh tgok kat blog PUAN KUTU.  aku beli je. hehe.





Officially stop.




stop apa la ye. syukrii da officially stop bf uols. baru tiga ari pun. Alhamdulillah..
setelah pelbagau cara aku guna. akhirnya psikologi jugak yang berkesan.
ko calit apa pun dia tetap nak jugak walaupun susu dah kering pun.
lepas gian nak nyotnyot. hahaha.

mungkin sebab aku selalu psiko dia.
"syukrii nak jadi abang dah.. dah besar.. malu kat orang.."
jemu kot mintak2 tak dapat. haha.

sebelum ni tido mesti nak "candu" dulu. tapi sekarang tak lagi dah..
yu noe apa perasaan aku.
lega tapi sedih.
lega sebab dia tido dengan sendiri. tapi mesti suruh bentang toto dulu. aku mesti baring sebelah dia.
sedih.. sebab detik2 indah bonding bersama dia dah berlalu.
ada satu malam tu. dia merengek mintak sampai tertido..
aku zikir bagi tido sambil menanges. sebab tak dapat nak bagi nenen si nenen lagi dah..
dah kering susu. pedih bila dia hisap. huhu.
im sori son..

tapi lepas tu dia tak mintak dah lagi.
kalau mintak pun dia sendiri jawap.
"maluu"
hahaha..

walaupun malam tido lewat dati kebiasaannya..
selalu tido kul 10 gitu. tapi sekarang kul 11-12 baru tido.
okla.. bila tido pun. tido lena sampai pagi. tak bangun2 mintak susu kan..
lega banyak gak ummi. huhu.

owhhh... lepas ni rehat sampai next session untuk adik dia pulak. kihkih..

belanja satu gambau abang long. hihi



 
Denim Template. Re- Edited by Puan Mell. ALL RIGHT RESERVED.