Resepi : Cheezzy wedges ala kfc and homemade mayonis,


Aku suka makan cheezy wedges kat kfc tu. kadang kalau gi makan kat kfc. tu je aku makan.
dah lama aku ambik resepi tu dari group Fb. ' RESEPI RINGKAS' .. tapi tak buat-buat.
beberapa bulan yang lepas, aku ngan kakak aku balik kampung. kakak aku la buat. sedap gak.. rasa sejibon cam yang kfc punya tu.
aku la add kan kakak aku dalam group tu. dia dari malas masak jadi rajin masak. padahal dia bujang pun.
balik kampung macam-macam resepi dia try. sampai mak aku tanya. "hang ni dah pasai.. macam tak penah masuk dapoq." hahaha..
eleh.. mak aku pun. dah tau kami ni ada resepi macam-macam. terus mintak resepi kuih qasidah la.. itu la ini la.. dan-dan tu jugak buat. sapa yang tak penah masuk dapoq la ni? hahahha.

ok berbalik pada resepi tu.. meh aku share.

ni aku buat baru2 ni.



Kentang Wedges
bahan :
  • kentang secukupnya.
  • garam sedikit
  • serbuk kunyit / serbuk kari
- Rebus kentang halfcook. atau agak2 lembut tapi jangan lembut sangat. gaul dengan garam dan serbuk kunyit/kari. goreng keemasan.

Sos cheezzy
  • 3 sudu butter / marjerin
  • 1 tin susu cair ( aku bancuh susu nespray.. malas nak p beli susu cair. hahaha )
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 6 keping cheddar cheese
  • 1 kiub pati ayam ( aku pakai kiub ikan bilis.. lagi kes malas ke kedai.)
  • serbuk lada hitan kalau suka. ( aku letak sikit lada sulah )
  • perwarna kuning sikit

- cairkan butter/majerin.. masukkan susu tepung.. kacau.. masukkan susu cair sikit demi sedikit.. kacau sehingga tepung tidak berketul.. masukkan slide cheese. pati ayam.. lada hitam and pewarna.
masak dengan api perlahan. kacau selalu. masak sehingga jadi likat..

Homemade Mayonis.
  • 1 biji telur
  • 1 sudu makan cuka/ jus lemon/jus limau nipis
  • 1 sudu makan gula
  • secubit garam
  • 1 cawan minyak
  • sedikit serbuk lada hitam/sulah jika suka
- blend telur.. masukkan cuka, gula, garam, lada hitam.. blend sebati.. perlahan-lahan tuangkan minyak ke dalam bahan tadi dan pastikan blend masih lagi ON. tuang secara bertali. maksudnya.. tuang minyak dari atas. macam tarik teh tarik tu.. then siap!

selamat mencuba!

6 comments:

  1. resepi yang rasanya cukup senang,.,,nanti boleh la cuba kan

    ReplyDelete
  2. Bestnya semua homemade. Macam nak cuba je buat mayonis tu.emm cap!hehe

    ReplyDelete
  3. Oo, gitu nak buat wedges. padan la selama ni tak jadi. Sbb aku tak rebus dulu half cook.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Apa sos cheezy tu dlm bhn2 ada tepung gandum dari mana pylak timbul tepung susu dlm cara membuat sos cheezy tu...???????

    ReplyDelete

tengkiu for komeng.. i'll catch yuu.. ngehh..