Bila nak putus susu ??




Hajat hati nak aktif blogging cam dulu2 since da back to work kan sekarang ni. tapi.. dengan abam syukrii ni kelaut la jawapnya. ingat dia nak dok saja layan mainan yang ummi bawak. ada je agenda dia kat opis ni. mujuq la 4 jam je keja. haha.

berbalik pada tajuk entry. syukrii now dah 2y2w kot. aku cuba la usaha nak putus susu badan ni. tapi dia makin galak lak mintak. lagipun dah nak dapat adik ni kan. kandungan aku pun dah masuk 4 bulan. letih jugak la layan dia nyusu. ingat nak rest la sat sementara adik nak kua. kang turn adik lak kan..
dah macam2 cara ni aku buat. dan selalunya gagal sebelah malam. huhu.. malam2 dia ngamuk nak jugak2 nenen si nenen. buntu dah rasa. orang kata kalau nak dapat adik lama2 dia tak mau dah.. harap macam tu la kan.

semalam kan tengok la rancangan Cinta Ilmu kat AL-HIJRAH.. bab penyusuan  anak. ustazah tu kata seeloknya sampai 2 tahun. kalau lebih pun takpa. tapi seeloknya stop la masa 2 tahun. sebab mengikut kajian para cendiakawan budak lelaki yang menyusu lebih dari 2 tahun atau lama2. tak kira la nyusu badan ke botol ke. skill komunikasi dia agak lambat. maksudnya dia lambat nak memahami orang cakap. wallahualam.. 

then, bila syukrii mintak. aku pun cakap la..
" ustazah kata apa? tak elok dah nyusu. nanti lambat cakap.. lambat faham orang cakap. syukrii paham kan ustazah cakap.. "
dia tunduk pahtu buat muka sedih..
" paamm.. " katanya.. terus tak jadi selak. kira selamat la.. tiap kali dia mintak aku cakap gitu.. lega la rasa. sampai ke malam tak mintak. tapi. nak tido tu tewas jugak ummi. walaupun dah habis sebotol dia minum tetap jugak mintak nenen si nenen. huhuhuhu..

semoga ALLAH permudahkan segala urusan. 

velanja 1 gambar budak tu main nyorok2 kat opis ni.

cyaa~



3 comments:

  1. Ko bawak Syukrii gi ofis ke? Lama dah senyap ni. Welcome back.

    Huhu, bila fikir part malam2 tu sedih je rasa kalau tak bagi nenen kat si kenit. Wah, dah pregnant ke? Syukrii nk dpt adik dah? Tahniah ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah.. bawak. keja kejap je pun. 4 jam ja. 9-1. tak berbaloi je tinggal pengasuh. hahaha. mujur bos ok. lgpun kami dua beranak je kt sini.

      Delete
  2. hehe terus je menyusu selagi dia nak haha

    salam kenal :)
    Aishah :)

    ReplyDelete

tengkiu for komeng.. i'll catch yuu.. ngehh..