lama tak jari tak berbicara



hai ols.. da hampir bertahun lamanya tak hapdate blog. hampir lupa pun penah ada blog. kihkih..
aku xcely da tak keje.. laptop pun tade,, sobs..  sobs.. ni pun pasai wat part time kat management apartment dekat kawasan aku tinggal. mujur boleh bawak abam syukrii.. eh.. korang ingat lagi tak kat anak aku tu?
Allah.. tunggang langgang kot opis ni dibuatnya.. haahahaha... btw.. dia da 2 years da tau korang.. kejap je waktu berlalu.. and nak jadi abang dah pun.. hihi.. yess.. im preggy mommy.. already 3month++.. Alhamdulillah... rezeki Allah bagi..








aksi budak 2 tahun  tu.. hihi..
sekejap je waktu berlalu.. rasa macam baby2 je lagi.. akai banyak ooo ni budak.. nak bagitau satu2 tu banyak lah list dia.. haha..
oklah.. takleh taip panjang2.. budak ni so jelousiii... ngacau je ummi nak menaip..

apapun.. marilah kita berdoa untuk mangsa banjir.. semoga mereka bertabah ..

cya..

syukrii.. qasidah dan ya hanana.



Syukrii suka sangat dengan qasidah.. kalau budak Lain mungkin suka karton .. upin ipin .. ultraman.. minion.. dsb... Syukrii tetap lebih memilih ya hanana.. he he. Buktinya tiap Kali ummi pegang handfhone. Dia pun akan mula lah.. jerit nak tengok.. "nya Nana Nana." Selagi tak bukakan video ya hanana dia tu selagi tu lah dia jerit. bila dah tengok. Harus bg dia bergawang tangan angkat mcm dlm video tu..siap pusing badan lg. Menghayati betul.

Bukan aku tak pernah bg tengok karton tu semua.. tp dia xminat.. syukurlah kan.. anak aku ni dr kecik cintakan rasul. Huhu..

Rutin dia.. seawal pg.. tengok 'tanyalah ustaz'. Dia tengok dengan kusyuk hoceyy.. lagaknya mcm faham apa yg ustaz cakap. Kehkeh..

Sarapan sambil tengok 'rasul yg kata'.
Yg ni mmg pebret beliau. Sebab dalam program tu kan ada dikir barat.. kompang.. sebuk dia berdikir sama. Tergawang gawang tangan meniru.

Lepas tu.. baru upin ipin.. tengokla jugak sekejap.. sebelum dia wat agenda seterusnya..

Aku harap dia terus membesar menjadi anak yang soleh.. mencintai Allah dan rasul lebih dr segalanya. Aamin..


Tiap Kali ummi atau Abah solat.. mcm ni La dia.. nk jugak..
Allah.. Katanya..


Malam cinta Allah dan rasul yang lepas.. 
Dok tiket depan okeyy.
Hahaha..


Oklah yu ols.. sampa di sini sa


Oklah yu

Allah sebaik baik perancang




Bismillahirrahmanirrahim.. fine.. sementara quota masih Ade ni.kite berstori serba sedikit. Budak kecik tu pun dok sebuk main. OK fine. Mengemas rumah katenye.. tape la  janji ummi dah pagaukan tangga.. hurmm.. we ols da blik semula ke puchong..

~kita merancang dengan cita cita.. tapi sebaliknya Allah merancang dengan cinta~

Aku percaya.. in the end.. Allah dah rancang yg terbaik buat kita.. siapa kita nak menolak takdir.. jalani saja dengan sabar dan syukur..

~ Allah sebaik baik perancang~

Penah dengar ayat ni? Mestila penah Dgr kann.. sekarang jadi moto idup aku la kira. Err.. bukn dr dulu ker.. hihik..

berbalik pada tu.. sejauh mana aku melangkah.. akhirnya balik jua ke tanah kelahiran dua hero aku. Allah tak izin jua kami bermaustatin di tanah kelahiran aku..

Apapun.. tempat seorang isteri adalah di sisi suami ..

baheklah.. sampai di sini saja..
Line kehampehan betul..


come back kunon.



Heyoo... semua.. pa habaq. Lama ta Bebel Bebel kan. I rindu rindu la kat uols. Xpeceli blog yg do abai nih. Rindu nk corat coret tentang Syukrii yg aktip sesangat ni. sungguh kekadang rasa ttalk terhendel. BTW.. I now dah jd sYuri rumah Tangga yang terhormat gitu semula.. hamat bzzz hokeyyy... ari2 JD Tarzan.. ahak! OK. T sambung dak kecik Macau. Jeles betul laaaaa...

Abaikan typo tahap maksima tu. Pkai taihh krinn jaa..

GoOdbye, Untill we meet again.



Dua hari tak bersiaran.. kekok la pulak.. kunon je ko mell. 
er.. 2 hari lepas. aku terima pesanan ringkas dari kakak sulung aku.. dia dijangkiti denggi berdarah.. dan di tahan di ward. so, atas dasar kerisauan. aku ajak mak , ayah dan suami aku pegi melawat dia puchong sana.. sejak kami anak veranak pindah ke kampung.. kakak aku tu tinggal la sorang2 kat sana.. ada sedara mara.. tapi taklah dekat.. harapkan kawan-kawan dia jela.. dahlah dok sorang2 kat rumah tu.. mujurlah ada kak ujie ( kawan kakak aku..) yang tinggal berdekatan dengan rumahnya.. kakak aku ni liat sikit nak pegi klinik. 2 -3 ari sebelum tu dia dah mengadu demam tak kebah2. dah 3 ari. aku suruh g klinik. tapi xnak. katanya kerja takda orang ganti. kenal sangat dah perangai dia. workoholit. uh! 

pagi isnin tu.. bincang2. tanpa sebarang perancangan. kami decide nak pegi tengok dia. tengah hari tu kami pun bergerak.. sebelum tu kami singgah ke rumah abang aku di teluk batik. pada mulanya, dia nak ikut sekali.. tapi isteri dia tengah sarat bersalin dan dia pun baru balik dari scan anak dia di klinik.. hasil scan. dokte cakap baby masih dalam keadaan songsang. dah 34 week. kalau still macam tu. maybe terpaksa di czer nanti. so, aku bagi petua.. selalulah bersujud. dan berdoa yang baby masuk laluan yang betul. dan sentiasa lah pujuk baby dalam kadungan tu supaya dia masuk ke lalui..  amalkan membaca surah maryam. supaya senang bersalin. mak aku juga bagi doa dipermudahkan urusan.. doa tu pun memang aku doa amal. syukrii dulu 32week dah masuk laluan.. masa aku bagitau tu. kakak ipar aku tu gelak pulak bila aku suruh pujuk baby. eh? gelak pulak. takkan tak pernah bercakap dengan baby dalam perut tu? hurm.. aku harap baby dalam perut kakak ipar aku tu dengar cakap. sebab maksu dia ni dah pesan. semoga semuanya dipermudahkan selamat.. amin..


doa di permudahkan urusan

lepas solat zohor di rumah abang aku. kami pun bertolak ke puchong. ( syukrii hometown ) hikhik.. masa masih dirumah abang aku tu. kakak aku bagitahu. maybe dia dibenarkan keluar petang tu. tapi, dah alang2 kami nak pegi tengok. teruskan lah jua.. sampai sana dah malam.. kakak aku pun dah selamat sampai rumah. jadinya melawat dirumah dia sajalah. mak aku dah siap masak sup ketam dah.. kan orang cakap bagi sup ketam kalau orang kena denggi.. 

sampai saja ke puchong kami singgah dulu kat rumah SIL. kesian ayah aku.. letih kot dok lama2 dalam keta.  ayah aku tu dahla strok. makan malam kat rumah SIL. lapar ko.. 5jam perjalanan..campur jem lazat berkrim kat keyel tu.. haduii.. kata tol naik.. tapi sama jer. belum diperkuatkuasa lagi kot.. projek2 LRT di puchong belum siap lagi..  hamboih ko mell, baru 3 bulan tak balik puchong. macam 3 tahun lagaknya ya.. kahkah..
lepas makan dan syukrii main2 kejap ngan bang aqil.  kami pi sekejap kat rumah kakak aku. mak aku , aku dan syukrii je naik. suami aku temna ayah aku kat kereta. rumah akak aku tu tingkat 3. apartment 5 tingkat tu. mana larat ayah aku nak manjat. mak aku pun semput2. aku lagilah.. dukung dak debab tuh. haha.
mak aku panaskan sup ketam tu. suruh kakak aku minum banyak2. aku.. tengok jer.. hehe.. mak aku nak tido rumah paksu aku kat taman Dato harun , pj. sebab rumah paksu ada katil. senang ayah aku nak tido. pada mulanya.. suami aku ajak tido rumah lama kami.. tapi.. bila pegi tengok.. alahai berdebunya.. ya lah.. adik bujang dia saja yang duduk. mana lah nak kemas. lagipun takde katil kat tingkat bawah tu.. 
aku pulak, tido rumah kakak aku, kononnya nak temankan dia. dah jauh2 datang ni.. en suami aku tu pulak. tentu saja nak borak2 dengan kawan2 lama dia.. dia tido kat rumah lama tu.. kesian pulak tido debu2.. 
tapi malam tu. syukrii mengamuk nanges. 3 pagi bangun. kembung.. entah kenapa. aku tuam2 perut dia baru dia lena tido. itupun dah pukul 5. kul 7 lebih dia dah bangun. main2 .. spotcek rumah maklong dia.

esoknya.. pagi.. hubby aku col bagitahu. kereta takleh start. ah sudah,  sebelum ni memang bateri kereta tu buat perangai. kadang2 kong. dah pegi cas dan servis kereta dah sebelum kami jalan jauh ni. mujur ada kereta jiran. so, jumper la kejap. ( jumper eh. aku mana tau bahasa keta nih.) elok sampai rumah akak aku. sekali lagi kong. langsung takleh start.. bak kata kak anim. rezeki juga bateri kong kat rumah akak aku. kalau tengah jalan macam mana? hehe.
mujurlah akak aku ada kereta. rezeki lagi.. kami naik kereta akak aku pegi ke rumah paksu, paksu ajak makan tengahari kat rumah dia. kami naik kereta akak aku la jawapnya. dah naik kereta akak aku. kereta dia ekon rosak. boleh dia tak perasan ekon rosak. gitu? 
sampai rumah paksu, paksu aku takde, mak aku kata pegi amik maksu dialisis, maksu aku tu diabetes. kena dialisis. paksu mintak mak aku masak.. lama tak makan masakan kakak kesayangannya katanya.
mak aku pun masak kari ikan merah, sambal sotong, udang goreng kunyit, ikan bawal goreng, sayur bayam dan jugak sambal belacan semestinya.
syukrii pulak. tunjuk eksen. berjalan2 keliling ruang tamu toksu, abih semua di spotceknya. dia kan FBI. haha. 
pasal bateri kereta yang kong tu. terpaksalah labur duit beli bateri baru.. sementara mak aku masak tu, sempatlah hubby aku pegi isi gas ekon kereta kakak aku dan beli bateri.

lepas zohor, hantar kakak aku. tukar bateri . singgah rumah lama kejap. ambil barang2 yang tertinggal masa pindah dulu tu.. sempatlah aku ambil album lama aku yang yang tertinggal, mujurlah jumpa.. kain buaian syukrii..  hajat nak amik komik2 manga tu. tapi kang bising pulak en.suami ku itu.. tinggal jela kat ain ( anak sedara suami aku ) ...suami aku ambil kasut dan juga pancing dia. ahh.. rindu jugak kat rumah lama tu.. tapi..macam dah tak seronok kalau nak stay kat situ dah. huhu..
lepas. singgah rumah lama tu.. kami singgah pulak kat rumah atok syukrii. (pakcik. ayah tiri hubby) rumah atok syukrii bersebelahan masjid as- salam., puchong perdana, my mum teringin sangat nak tengok masjid tu, masjid tu kan pemes, selalu masuk tv, rancangan halaqah. tanyalah ustaz dll.
singgah sekejap saja kat rumah atok syukrii, hari dah petang.. takut lambat pulak sampai ke perak.. sempatlah juga syukrii bergurau ngan atok dan tunjuk skill joget dia. kebetulan progran tv ada joget2 dia pun ikut sama berjoget.kihkih.

lepas tu.. terus kami balik ke pantai remis , perak.
syukrii merengek jugak. dalam kereta taknak dok ngan ummi, nak dok ngan opah dan wan kat belakang. dok depan asik nak mengusik abah drive jer.. nak tukar gear bagai. hujan di beberapa tempat.. jenuh juga hubby nak bawak kereta.

akhirnya , pukul 9malam. kami pun sampai di rumah..


panjangnya entry kali ini.. yu ols.. sebenarnya, aku akan stop berblogin buat sementara waktu.. sebab aku dapat kerja.. pada mulanya aku memang nak jadi fulltime housewife jer.. tapi. atas sebab2 tertentu, ekonomi terutamanya. aku kena kerja jugak lah.. impian nak berniaga dulu tu. terpaksa di tangguhkan dulu.. pasal dah tengok lokasi dan plan pemasaran kat sini. macam xleh lagi nak go lah. maybe perlukan sedikit lagi masa. acewahh.. dan kerja yang aku dapat ni tak mengmungkinkan aku berblogin seperti biasa.. atas sebab kekangan masa. hukhuk.. i'll miss yu ols.. sobs.. sobs.. mohon jangan dilupa aku dan syukrii.. 






~cyaa~

with love ,
Mell a.k.a ummi syukrii

Masalah Bayi sembelit



syukrii masih ketegori bayi ke yek? rasa macam dah besar jer.. macam dah abang2 jer.. kihkih..
semalam kan satu hari ummi gelisah gundah.. er.. budak bijak tu sembelit la.. jarang nau dia sembelit. selalu dia yak kan ontime.. pagi sekali.. petang sekali.. malam sekali.. mostly lepas makan dia akan verak.. pendek kata tak pernah lagi syukrii menghadapi masalah sembelit..
kelmarin tu ummi masak labu with soohoon+ telur.
then dia makan biskut homemade yang ummi buat..
mungkin pasal labu la kot.. sebab lama dah ummi tak masak labu bagi dia.. tapi kan.. labu tu dari hurup "P".
yang mana sepatutnya melembutkan najis.. keliru sudah.. apa yang syukrii makan ni? owh yer.. maybe cucur cempedak kot.. opah ada suap sikit.. secubit ja kot.. mungkin jugak dia makan nasi pejal kot.. sebab sebelum ni dia dah boleh makan nasi biasa.. bukan bubur..  abah syukrii dah bising kat ummi.. semua nak bagi makan katanya.. haritu abah syukrii jugak yang kata syukrii dah boleh makan macam-macam.. walaupun ummi berkeras nak avoid makan yang bergula dan bergaram.. sekarang cakap ummi pulak.. sobs.. sobs.. syukrii pun.. asal orang makan.. nak jugak.. mulalah.. buat muka comel mintak makan..
"nak.. nak.. nak.."
sambil leher panjang.. jengok2 apa orang makan.. kecap2 air liyur.. angkat tangan baca doa..
"nyum..nyum..nyum.."
haduhaiii... 


berbalik masalah sembelit tu.. dia meneran.( jarang sangat tengok dia meneran..). tapi najisnya tak kuar.. menangis2.. tapi dalam pada tu.. nampak orang makan. sempat lagi pi mintak. hahaha.. lawak betul la anak ummi ni.. 
sehari je pun sembelit.. ummi dah risau sesungguh hati.. dia tak meragam pun.. aktif aje. cuma tym nak meneran tu dia menangis.. kesian nengoknya..



macam2 solution juga ummi cuba buat dia verak.. kesian betul..



antaranya..

  • sapu minyak yu yee kat perut.
  • buat senaman kayuh basikal kat dia.
  • bagi makan "papaya"

akhirnya , masa bagi dia mandi.. dia berdiri dalam besen yang ada air.. lepas tu dia meneran lagi.. kali ni ummi letak lutut ummi di perut dia.. sambil ummi bantu dia meneran.. keluar jugak najis yang bau musyuk ya hamat tu.. berketul2.. menangis2 dia meneran.. sampai merah muka.. 
setiap kali dia nak teran.. kaki mesti nak masuk besen.. apa ka  pesyen la anak ummi.. haha.. 
bila dah lega.. bagi susu.. tido sampai 3 jam.. hamik ko.. letih meneran katanya..
bangun tido sambung aktif balik..
so, for now.. ummi bagi makan bubur dulu lagi.. bagi perut tu ok dulu.. walaupun najis dia dah lembut.. 


letih.. kiki..


 

Rexylla FB Page Launching Giveaway




Firstly, aku nak cakap thanks to lyd, coz mengetag aku. lepas menang giveaway  dulu tu.. rasa cam nak join lain2 giveaway lagi.. tapi aku jarang2 punya masa nak bw.. kalau bw pun yang dekat2 je. eh! maksud aku belum punya masa nak bw tambah kenalan baru.. so, giveaway salah satunya cara la kot yer..

ok..tanpa membuang masa korang membaca dan aku yang menaip.. jom tengok apa giveawaynya..




Rexylla adalah satu shop online yang baru di buka.. barang jualan mereka adalah baju.. dan ofcoz kebanyakannya baju ladies.. tujuan give away ni pasal dorang baru bukak page facebook---> klik sini
oleh kerana aku pun ada shop online.. apa salahnya aku support mereka.. ye dok?
kedai aku pun jual baju jugekk.. hihihi..


bercakap pasal baju.. aku ni suka juga pesyen.. .. kalau ditanya.. jenis pakaian yang aku suka pakai semestinya yang jenis tak payah bergosok dan sopan. haha.. bukan apa.. as a bf mother.. yu noe.. kadang susah juga nak berpesyen.. . aku lebih suka pakaian yang simple but adorable. acewahh.. pasal trend pakaian sekarang.. aku suka tengok trend hipster tu.. comey ja depa pakai.. suka jela.. aku nak pakai tu macam payah jer.. berlapis-lapis.. berbelit-belit kot.. macam rajin nau puan mell ni kann..

ops!.. macam yang lyd mention.. sebelum aku meleret-leretttt membebel. baik aku stop dulu.. kang apa lak kata penganjur.. ni promot giveaway ka promot diri. kahkah..

tujuan aku join giveaway ni.. selain puan Lyd ngetag aku.. aku just nak support orang yang berbisnes online.. nak cari rezeki yu ols.. mana tau kot yu ols klik2.. pegi shop onlinenya.. bekenan la pulak..  kan rezeki namanya.. kalau aku menang pun rezeki jugekk.. kihkih..


so.. meh la kita support menyaport antara satu sama lain. eh!

nak tag yer.. 
ni aku lemah sikit.. hehe..

aku tag..

Deqla.. --- > mrs erry bercerita
kak Izan --> mia duniaku
kak atieyusof --> Di jari pena menari

and yu ols kalau nak meriahkan giveaway ni pun boleh juga.. 

( ^___^)V



~cyaa~


Cucu Kesayangan.



sejak dok sini.. kadang2 aku rasa tepinggir.. sobs.. sobs.. syukrii lebih bijak panggil "opah" dari "ummi". masa dia bermain pun lebih banyak dengan opah.. dia datang cari aku kalau nak nenen si nenen jer.. mula lah menyondol2.. hehe.. drama jer.. syukrii memang ler rapat ngan opahnya.. cucu kesayangan kan.. dalam2 banyak cucu.. kata opah dia yang paling bijak dan aktiff bebenor.. seminit tak dok diamm..
kembang la sat ummi.. anak kena puji.. kuikui..

meh tengok aksi cucu kesayangan opah pagi tadi..




hai ummi.. ummi selesai je solat subuh.. tengok dia dok sedap je menyandar kat vuntot abah sambil mulut dok bising2.. hahaha..



hihihi... silauu.... pipi merah.. semalam jatuh.. hukhuk..



hamboihh!!... tunjuk kaki kat ummi?? kdang -kadang geram lah yu ols.. dia suka sangat main ngan kaki.. semua nak menendang.. tak kira apa.. muka abah ummi pun dia cuit pakai kaki.. bertuah punya budak.. puas dipesan.. lagi kita bising.. kita tepis.. lagi dia buat sambil tersengeh2. mengusik la kunon. mengusik pakai kaki ye nak?? hadoii... padahal tade sapa ajar pun.. 

gambar zoom.. tu yang xlawa.. kihkih.

teman opah xcersise.. sementara ummi sibuk mengemas , masak, basuh baju dan sebagainya.. kihkih..
tu.. tu... siap menyandar dengar opah dan kawannya meeting di tengah jalan. hahaha..




muka tak puas hati sudah.. nak melompat dapatkan ummi.. penat meronda.. nak upah la tu... :p



oklah.. itu saja cerita pagi tadi.. nanti petang up kan entry give away..  insyaallah... hehe.. 


~cyaa~

Jom ke sekolah.

 sebuk sangat ngan beg dia.. buku dia. orang tak sabar nak ke skool gitulah. haha


semalam kakak ika beli kasut sekolah. ok fine! harini nak sekolah. semalam baru beli itu ibu cik zulaikha. very da last minit.. syukrii pun sibuk.. siap pi selongkar kasut tu..
" cut.. cut... cut.. "
sambil belek-belek.. selagi dia tak dapat tengok kasut tu selagi tu lah dia dok mengamuk nak pegi selongkar beg barang2 kak ika tu. last-last. opah kata.. biarkan.. tengok akal dia..


anak ummi ni memang busy body sikit tau. semua apa yang orang buat dia nak jugak tengok. panjang je leher  tu.. tak kira apa yang orang buat dan makannn.. nak jugak ambik tahu.. hahaha..

tak sempat nak ambik gamba cik zulaikha.. ai terkejar buat nasi goreng untuk sarapan.. hihihi..

~cyaa~



New Word 2014




hai.. im back!
selamat tahun baru.. walaupun bagi aku tahun baru seperti hari2 biasa saja.. umur saja makin bertambah.. 




tahun baru tahun berjimat. sobs.. sobs..







hekhek..

~cyaa~


Setiap kali matahari terbit , aku menyesal usiaku bertambah.. sedangkan amalanku berkurangan..