anda berada di kawasan Puan Mell | jangan lupa +Follow | Dashboard

Syukrii bikin orang cemburu.



budak tu kan.. setahun pun belum sampai.  tapi dah buat orang cemburu. sebab dia budak bijak , baik dan ceria!. tu diaaa... ummi punya puji-pujian. hakhak.

al-kisah, my SIL kan preggy. biasalah bila preggy ni sensitip. my brother lak selalu dok puji2 syukrii. syukrii memang ramah nagn sapa2 pun. ngan pakcik dia tentulah over sikit. pakcik dok bawak naik moto lah bagai kan. then, my SIL ni cemburu lah yu ols.. 
~asik-asik syukrii, asik-asik syukrii~
kata dia pada my brother. ni abang aku la cerita. 
anak dorang , si akmal danial. budaknya kuat mengamuk, asek nak menepek kat mak dia jer. orang nak dapat adik kot.. err.. tapi memang dari dulu gitu kot. ala.. lain budak lain peelnya.. ..

kesian pulak kat syukrii, tak tau apa-apa. orang dah cemburu,. kalau kak ika dia lagilah.. syukrii makan bersuap pun dia cemburu,. suruh mak dia suap jugak . hahaha.. budak-budak.. 

semalam, my brother bawak balik anak bini dia. so, aku ni memang bukanlah mak yang mengulit anak 24jam bagai. maksudnya.. asik dok jaga anak sampai kerja lain tak buat. i  have lot of  kerja nak buat. sapa kata suri rumah goyang kaki dok rumah? mana nak cuci baju , kemas rumah , sidai baju , basuh pinggan, masak. 
so, aku memang biar syukrii main sendiri. sambil tengok2 dia. kalau ada , kakak2 and abang sepupu dia lagi senang. biar jer dia main ngan dorang. hahaha.


so, ada sekali tu, syukrii tido.. bila bangun dia tak menangis , syukrii jarang menangis bila bangun tido. tapi adakalanya dia menangis jugak. selalunya bila dia bangun, dia borak sorang2 dalam buai tu. kalau tido malam lak. pagi2 bangun sengeh tengok muka ummi. so shuweet!
my SIL macam terkejut. eh! syukrii bangun tido tak nanges ea..? kalau akmal nak tido ker, nak bangun ke mengamuk dulu. hehe.
then, my mum pun cakap.. dukung2 lah syukrii. untung2 baby dalam perut tu kenan perangai baik syukrii. putih macam syukrii.. eh.. sempat lagi mak aku sakat. hahaha.


sekali tengok, my SIL asik dukung syukrii , mengasuh syukrii. syukrii macam biasalah.. ramah ngan sesapa pun.. sekarang ni akal baru, asik nak salam orang jer. ngan kaki2 orang pun nak salam. hahaha.
lepas tu nak berdoa jer. nampak makanan . angkat tangan baca doa.. beriman anak ummi ni. sopan santun baik budi pekerti. kehkeh...



kata ustazah, dalam program nasik lemak kopi o.  feel anak sebenarnya dari hormon masa kita mengandung.. kiranya kalau waktu pregnant tu kita hepi. makanya sifat baby yang bakal lahir pun hepi. kalau kita suka marah2 orang makanya anak yang bakal lahir pun pemarah orang. wallahualam

masa mengandung syukrii , aku selalu berdoa yang anak bakal lahir nanti biarlah menyenangkan hati semua orang.. dan aku sentiasa doakan syukrii menyenangkan hati setiap orang sepanjang hayat dia..
ini doa ummi buat syukrii sayang.. nescaya hidupmu akan tenang hingga ke syurga nak., insyaallah..



puas aku adjust bagi clear.. hahaha.. gamba dari henset super cap itik.. kahkah.



11 comments:

  1. alahaii.. jgn la jeles2... x baik tau... syukri pun jgn la bikin org jeles2 eh.. hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... itu budak suka buat org jeles dgn keletah dia. haha

      Delete
  2. Alhamdulillah kiranya syukr ni anak yg menyenangkan semua org..doa seorang umi tu kan mujarab..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. yup. betul. doa ibu mmg mujarab kan..

      Delete
  3. Semoga syukri jd anak yangmenyenangkan ibu sampai bila2 ^_^..maaf lmbat mnyinggah..mlm bru line tenet ok.hehe

    ReplyDelete
  4. hikhihkihk.. ada juga yg jeles dgn syukrii ye.. hehe..itu tandanya Syukrii budak baik sebab senang nak jaga..senang nak bawa.. hehe..InsyaAllah Syukrii pasti membesar jadi anak baik, soleh & menyenangkan..amin! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn.... dia memang budak yg senang di jaga. hehe

      Delete
  5. ehe..jelez menjelez kalau bebudak nampak sweet je...wah mesti mak dia putih tu syukri pon melepak je kulitnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde maknenyer.. mak dia putih kak izan. syukrii turun kulit opah. haha

      Delete
  6. mmg menyenangkan hati si syukrii ni. Pertama emosi ibu masa mengandung, lagi satu doa ibu tu sendiri. Saya pulak selalu doa supaya semua org suka dan sayang Luth. Semoga anak2 kita akan menjadi anak2 soleh yg akan menjadi pembela agama dan penegak kebenaran suatu hari nanti.

    ReplyDelete

tengkiu for komeng.. i'll catch yuu.. ngehh..

 
Denim Template. Re- Edited by Puan Mell. ALL RIGHT RESERVED.