anda berada di kawasan Puan Mell | jangan lupa +Follow | Dashboard

Resepi : Paprik Ayam/campur mudah sesangat.




Aku rasa semua orang pun tau masak paprik kot.. tapi aku gedik nak share resepi gak.. eh! jap.. my mum tak tahu masak paprik tau.. jarang makan luar kekdahnya.. tu yang tak tau. mak aku ni lebih suka makan kat rumah dari beli kat kedai..
so, malam kelmarin dulu-dulu.. hehe.. anak-anak buah aku nak makan paprik.. so, aku kata dari beli. baik maksu yang buat. lagi sedap marbeles dilises hingga menjilat kaki. haha..
plus.. hencik suami yang tersyayang suka sangat paprik.. dah beberapa hari dia request nak makan paprik.. xcely kan.. sejak dok kat rumah mak aku ni.. jarang benar aku masak.. masak pun untuk syukrii.. mak aku yang masak. bila aku nak masak. dia tak bagi.  huhu.. makkk... percayalah anak bungsu mak ni dah pandai masak. cubalah rasa sekali sekala. hukhuk.. 
jadi.. tak kira, malam tu aku masak jugak paprik yang sedap tak terhingga air tangan aku tuh.. sila jangan muntah monggek.. aku memang berbangga diri ni. kahkah.






tanpa membuang masa.. marilah kita tengok resepi dia.. walaupun hakikatnya aku masak apapun tak pakai sukatan.. kecuali kek. hahaha..


Paprik Ayam marbeles/mudah.


Bahan-bahan :
  • sejumlah ayam / udang , sotong , daging. campur2 gitu..  (potong kecik-kecik) - kuantiti ikut suka kau horang lah.
  • 1 labu bawang merah/bombay. (dimayang-mayang.. di pilis-pilis. )
  • 2 ulas bawang putih.( tumbuk )
  • 3 ulas bawang kecik (tumbuk)-optional.. kalau ada lagi sedap.. takdak pun kira halal.. aku jarang guna bawang kecik. heh!
  • 2 batang serai ( di titik..)
  • 5-6 helai daun limau purut.
  • 1 biji tomato (potong wedges)
  • 5-6 biji cili padi (tumbuk kasar) - kami panggil cabai melaka. hehe.
  • kacang panjang/buncis , kobis bunga, carrot , jagung muda.
  • 2 sudu cili blend/ cili giling -terpulang gak nak letak banyak mana. hagak2 je ni.
  •  sedikit sos cili , sos tomato , sos tiram - agak2 lah yer..
  • bahan perasa. garam etc..


Cara-cara :
  • goreng sekejap ayam.. terpulang. nak letak kunyit ke tidak. goreng agak2 dah separuh masak. angkat letak tepi.
  • tumis bawang yang ditumbuk.. 
  • masukkan cili blend , segala sos ,.. dan cili padi biar mendidih.. 
  • masukkan ayam yang di goreng tadi.. masukkan sedikit air.. 
  • masuk lagi serai , daun limau purut dan sayur-sayuran 
  • biarkan mendidih.. dan perasakan masakan..
  • masukkan bawang besar dan jugak tomato
  • telah pun siap.. hehe..

saja buat bullet banyak2.. macam payah je kaedahnya.. padahal main campak2 je semua. hakhak..
suami aku memang suka lau aku masak paprik ni.. katanya lagi sedap dari kat kedai.. kombanglah hidung kejap.. hahaha..

pahni nak request makan apa lagi bang? hak!

tekak aku request nak makan butter prawn ngan cili crab.. bila ntah nak buat.. hamboih... tekak.. kemahen lagi ko mintak yer.. lalalaaaaaa....


~cyaa~






10 comments:

  1. menambat hati suami dgn masakan..alhamdulillah bahagia rumahtangga, insyaAllah. selamat bercuti minggu.

    ReplyDelete
  2. tak kira la msk apa pun,janji suami suka..anak buah n mak belakang kira.hakhak

    ReplyDelete
  3. kalu husband suke tu mmg sedap la!! hihi..

    lama tak menjenguk syukri bambam..!!

    ReplyDelete
  4. paprik antara menu kesukaan deqla tau.. baru smlm mkn paprik.. hihi...

    ReplyDelete
  5. Sya x reti masak paprik..tq kongsi resipi..nnti leh masak..sbb sya suka mkn paprik..hehe

    ReplyDelete
  6. sedappnya paprik.. sy mmg jarang makan ni.. nak cuba masak juga lah nti... suka sbb ada pelbagai sayur ..:)

    ReplyDelete
  7. sedapppnyeee...makanan kegemaran tu...
    nk kene try ni..

    jemput ke blog saye..

    http://norzuryati.blogspot.com

    ~perkongsian ttg kehidupan, anak2, tips kesihatan, kecantikan, tazkirah dll..

    Moga bermanfaat :)

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas resepi... macam sedap je.. nak kena try masak ni..

    ReplyDelete

tengkiu for komeng.. i'll catch yuu.. ngehh..

 
Denim Template. Re- Edited by Puan Mell. ALL RIGHT RESERVED.