anda berada di kawasan Puan Mell | jangan lupa +Follow | Dashboard

Garang macam Kak Ros.




kadang-kadang aku soal diri sendiri. bolehkah aku jadi ibu yang cool yang lemah lembut gemalai ngan anak2 nanti? syukrii dah makin membesar.. baru kecik cenonet tu kadang2 aku dah ala2 tarzan. al-maklumlah si bujang tengah melasak. macamanalah bila dia dah besar nanti .. hehehe.

kalau nak tahu.. okeh.. kalau taknak tahu pun . aku nak bagitahu la jugak.
anak2 menakan aku.. (anak menakan is anak sedara)
dorang selalu kata aku ni garang macam kak ROs.
tahu kak Ros yang mana? kak Ros si upin ipin tuh. kahkah.. hamboih.. kemahen lagik korang cop maksu yek!



so, korang boleh agak lah kan. yang aku ni ketogori garenggg la jugak. xcely bukan garang tapi tegas! kohkoh. kadang2 aku rasa aku memang agak tegas dengan dorang. bukan apa. aku nak dorang jadi ORANG.. niat maksu baik.. percaya lah anak2 buah kuh!

aku ada 4 1/2 orang anak menakan. yang 1/2 tu baka menyusul. dalam peyot lagik. insyaallah.. bulan 2 ni jadi 5 orang lah mereka.

anak menakan aku yang pertama is Muhammad Amirul Salman khan . dah Form 1. nak masuk form 2 dah taun depan. dia sekolah asrama tahfiz. err tapi ada lah akedemik jugak. sekolah agama tu. dok asrama. dialah yang selalu cakap aku garang macam kak ros!. mana lah maksu hang ni tak potpet. dah cuti2 ni. 24jam on Tv, lappy, tidoq. sekali ketuk baru nak buat keja.. apa yang ustaz hang pesan semua hang lupa. memang lah maksu dok potpetpotpet... haih!
nampak tak betapa makcik2 nya akuh ni. tapi kan ustaz cakap. perempuan kalau tak bebel bukan sejati namanya. kahkah. 

anak menakan aku yang kedua. nur hannah montana. anak kakak aku yang kedua. kira sepupu lah ngan si amirul.  dah darjah 4.  hannah ni ketegori budak bijak. hubby aku selalu cakap aku macam lebihkan hannah ni. bukan apa. hannah ni aku boleh harap lebih sikit. sebab dia lebih independent. even dia anak tunggal. yang suppose manja terlebih kan. kakak aku ajar dia very well walaupun kakak aku ni sekolah tak tinggi mana. cumanya.. haru jugak bila dah terlebih bijak ni. pantang nampak gajet. habih di godeknya.. baru ni dia godek henpon maklong dia sampai kena beli sim baru. bijak sangat la kata kan... hahaha. 

anak menakan aku yang ketiga. nur amyliana zulaikha. ala.. yang selalu cameo dalam video syukrii tu.. darjah 2. ni yang paling memeningkan kepala. amat2 sensitif orangnya.. usik sikit nanges. marah sikit nanges. tak buat apa pun nanges! kadang rasa nak meruyan dengar dia merengek. setiap hari okeh. takde hari yang dia tak nanges. sampai syukrii pun ejek dia nanges. hahaha. bila syukrii ejek marah pulak. kahkah. puas cakap lembut. serupa tu jugak. manalah aku tak garang macam kak ros!. 

yang anak buah aku lagi sorang ang half tu. aku jarang jumpa. anak abang aku. sekali jumpa. eksen. nak menepek ngan mak dia ja. xmau kat orang.. serius je muka. takut maksu nak dekat. hahaha.


kesimpulannya di situ.. lain budak lain ragamnya. lain mak pak. lain ajarannya.. kadang2 aku serba salah gak dok marah2 anak kakak2 aku. garang2 ngan depa. sejak depa baby. maksu ni lah dok basuh berak. err. yeker? tak kot.. pakaikan pempes jer. kahkah. dorang ni dah ibarat anak2 aku gak. tu pasal aku garang2 bila dah menda tak betul. nak dorang jadi anak2 yang soleh solehah. berbudi pekerti.. baik hati. acewahh..

dok terpikir jugak. adakah aku akan garang macam kat depa dengan anak2 aku..? aku harap anak2 aku pandai pujuk ummi depa ni. hahaha.. insyaallah.. aku akan jadi ummi dan mak menakan yang lebih lembut nanti.. fuhh.. mell .. u can do it!!.



ahak!





7 comments:

  1. zaman kak muda2 dulu, memang garang. maklum anak ke 2 dr 11 beradik. tapi adik beradik tak takut sebab kak long lagi garang, heee. semulajadi lah mell..bila meningkat usia, kita jadi cool dan sabar. tu yg 2 abdul pun ambil peluang..

    ReplyDelete
  2. eh I pun gawang... tapi ngan anak anak sedara I lembik, hehehe sebab dua jer ada dulu, ngna JJ i garnag balik. owh I ada adik sepupu yg poyok, suka nanges jebek2. 24 jam terjebek tak tau apa tka kena, mmg I malas la nak layan kalau budak gitu, kang I marah kang mak bapak depa terasa, baik I jauh2 huhu.

    ReplyDelete
  3. ahahha..garang mcm kak ros??? Pa'e plak sllu cakap sy ni mcm Memey..hahha..geng2 upin ipin lah tu...erm! klu jenis yg mau dgn kite takpe kita bawa main, tapi klu jenis yg nak lekat je dgn mak ayah tu susah sikit kan...:)

    ReplyDelete
  4. budak2 ni kan asal garang sikit mcm kak ross..hahaaa

    ReplyDelete
  5. besa la tu garang..budak2 kan byk peel kekadang pening gak kepala..yg besaq cara bsaq,yg kecik cara kecik

    sy anak menakan sendiri takde lagi.yg ada anak menakan belah en suami je la. 2 org je.dua2 hero..tp sy ngan anak sendiri je garang,ngan anak org tak berani.ckp pun lemah gemalai..hakhak

    ReplyDelete
  6. huhuhu... sedihnya rasa sebab saya pun sama le.. maksu yg anak2 buah kata mcm kak ros. mula2 saya tak penah tgk citer upin ipin tu. bila ada anak buah saya cakap... maksu mcm kakros, saya ingat sebab kak ros tu cantik. hahaha.. sekali bila tgk rupanya disamakan sbb garang. hehe.

    ReplyDelete
  7. kak ros tu mmg garang.. kesian tgk upin ipin...hihi.. deqla pun kekadang garang gak.. hikhik

    ReplyDelete

tengkiu for komeng.. i'll catch yuu.. ngehh..

 
Denim Template. Re- Edited by Puan Mell. ALL RIGHT RESERVED.