Bukan aku tak tahu.

Perhatian entry ini ada unsur luahan hati.
semalam.. err.. kelmarin.. hari sebelum semalam tu. syukrii selsema. aku memang fobia bila syukrii selsema.
sebab.. syukrii punya antibodi tak berapa kuat. paru2 dia pun.. cukuplah dua kali dia kena warded.. kesian sangat. bila syukrii selsema aku akan cepat2 buat segala natural remedies. sapu kunyit kat idung. bagi pakai garlic sock. tepuk belakang.. stim segala.. sebab aku takut kalau melarat.
tapi. apa boleh buat dengan cuaca yang tak menentu. tambah lagi abang sepupu syukrii. amirul. selsema.. dah dok sekali. nak buat macam mana kan. takkan nak sorok syukrii dalam bilik. macam mau je budak tu.. 
so.. kelmarin.. aku tengok nafas syukrii agak laju. bunyik macam anak kucin bernafas tu.. kuat sangat.
but por ur information. syukrii aktif macam biasa. tapi.. aku risau.. mujur klinik kesehatan depan rumah je. abah syukrii belum balik keja. dalam pukul 4 lebih gitu. aku pun dukung syukrii.. bawak pi klinik.. yang kat depan rumah tu.. klinik pun dah sunyi. dah petang kan.. daftar. terus jumpa dokte. dokte cakap kahak banyak. adoyaii.. selsema xdan berapa hari. sehari je kot. cepat nau banyaknya.. terus amik neb.
mengamuk lah lagi si kecik banyak akal tu.. masa nak neb tu abah syukrii pun sampai ke klinik.. budak tu kan.. masa kena neb mengamuk tak hengat. tapi bila misi ke dokte ke lalu. boleh dia senyap. elok dorang hilang. mengamuk balik. hadoii.. masa neb tu jugak dia muntak kahak. abih kena seluar dan sandal ummi.. redha jela. Alhamdulillah.. sekali je kena neb. then dokte bagi ubat titis hidung. (saline).
ubat batok memang dokte tak bagi. budak bawah 2 tahun tak di galakkan makan ubat batok. takut body dorang tak terima kesan ubat tu. dan boleh membahayakan balik badan dorang.



Berbalik pada tajuk.. acewahh.. 
memang.. syukrii kerap jugak sakit sebelum ni. sampai penah masuk ICU.. ibu mana tak meruntun hati tengok anak sakit kan. tu pasal lah ummi syukrii gelabah bila syukrii sakit.
 jangan pikir ummi syukrii jaga syukrii ala kadar. itu pasal syukrii sakit.. jangan pikir ummi syukrii langsung tak concern tentang syukrii.. jangan pikir ummi syukrii tak study tentang perihal kesehatan anak2. jangan pikir ummi syukrii bukak tenet pasal nak on pesbuk or hapdate blog saja. jangan pikir ummi syukrii tak tahu apa-apa!.


setiap apa yang aku suap atau bagi pada syukrii .. aku study dulu. takut jadi apa2. terima kaseh sangat ingatkan aku itu ini.. aku paham niat tu baik.. mungkin jugak aku jugak yang terover sensitip. yela.. orang mengajar aku macam aku nih buduss sangat pasal jaga anak ni.
tahu tak. dari syukrii dalam perot lagi aku dah study. google sana sini.. supaya aku bersedia jadi ibu yang baik dan berilmu.. tapi.. tahukah jugak .. yang bila ALLAH kata . "kun fa yakun" "bila jadi maka jadilah ia..".
aku dah cuba jadi ibu yang terbaik.. tapi aku redha ALLAH uji aku dengan bermacam2 ujian. sebab aku tahu ALLAH sayangkan hambanya. maka di datangkan ujian. dan ujian itu ada dalam pelbagai cara. ni bahagian aku. aku terima. dan aku ikhtiar cari jalan menghadapi dugaan yang di beri.
memang aku jarang nak bercerita kat semua orang.. paling tidak aku luah kat sini. tu pun tak banyak. aku pegang kata2 nasehat kakak aku.. 
bila kita di timpa musibah. tak semua tunjuk simpati. mungkin segelintir.. selebihnya mempertikai.. memperlekeh.. malah ada yang betepuk tangan bergumbira.
baik kita diam, simpan dalam hati.. hadapi dengan senyuman.
tapi kali nak luah jugak.. kehkeh..



pasni nak share lah status segala ilmu. biar orang tau aku ni MEMBACA.



tepek gambaq budak ni sekepim. tetap akitif. bikin ummi fenin. 



nota kaki : now,  syukrii dah sehat , ummi pulak yang macam nak demam. tapi opah kata. dah jadi mak ni. tak sehat pun kena buat2 sehat.




12 comments:

  1. kdg2 nk pendam masalah pun boleh buat kita sakit hati..terluah juga itu lg baik..pernah juga rasa begini, bila org ckp kita xtahu jaga ank..ank kita mst la kita tahu lepa dr mereka..just ignore je mereka2 itu

    ReplyDelete
  2. anak akak kalau selsema akak tak bagi ubat lain..bagi madu asli satu sudu kecil setiap pagi dan malam..tapi lambat sikit recover..makan masa 2,3 hari..tapi akak puas hati sebab tak gunakan ubat..macam Mell kata..ubat batuk tak bagus utk budak2 kan..mmg betul pon..ada doktor pernah share ngan akak..dia kata ubat batuk boleh lembapkan perkembangan otak kanak2..tu yg akak kalau anak sakit tahan tamau pegi hospital lagi..sanggup guna cara tradisional dulu..lepas dah tak boleh baru rujuk doktor..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula kak.. memang lah kita try dulu natural remedi baru jumpa dokte..

      Delete
  3. Aduhh sayang ku Syukri, cepat sembuh yer. Payah jugak kalau memang jenis antibodi lemah ni kan, kena extra cautious. Itu ler, kadang2 orang nak menolong, mungkin cara tu kadnag2 statement yg dorang bagi tak kena tempat, I myself kadang2 tersentap jugak bila orang "menolong", yer la kan I jarang serius, ayat selalu kuar pun bodo2 jer, pastu bila orang layan I macam bodo2, hmmm sentap la jugak. tapi tak leh nak salahkan dorang. Tapi I sendiri pun kadang2 niat nak menolong, and lepas I "tolong" tu baru terperasan eh kang dia ni pk lain kang. Uishh berjela la ulasan ha. kbai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. tu la. bila pikir2 balik. i pun kdg2 mcm 'mengajar' orang.. hahahaha. paku dulang paku serpih betul la i ni. kahkah

      Delete
  4. alo..lo..lo..moga syukriii sihat2 je ye..takmo dah selsema, deman dan dsbnya... InsyaAllah dengan ummi syukrii yang baik pasti syukrii akan sihat sllu..amin!.
    erm.. tu lah kan..org kekadang pandai berckp sbb bukan depa yg melalui situasi itu.. konon ada yg bagi nasihat, tapi dlm masa yg sama melukakan hati kita..sy pun sllu kena mcm tu.. kesimpulan nya, sy malas nak dgr ckp2 org... sbb kita sendiri yg tahu apa yg terbaik buat anak2 kita...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin... kann.. yg penting kite buat yg terbaik.

      Delete
  5. yang penting syukrii dah sembuh. dah muntah kahak tu petanda yang baik. memang betul awak. risau sangat kalo anak tak sihat. sbb rasa mcm dia tak pandai nak bgtau dia sakit, jadi rasa kesian sgt. pastu takut terlepas pandang sampai membahayakan dia. ntah la macam2 fikir. semoga Allah permudahkan jalan utk kita didik anak2 kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cmtula lyd.. mcm2 yg kite pikir. takut terlepas pndang.. manusia ni kn tak lari dr kesilapan.. kdg menda yg kite takut tu yg dok jd. huhu

      Delete
  6. serius baca perenggan no3 tu macam nak nangis..sy ni kan cengeng sikit.haha

    tu la pedulikan org camtu..depa selalu igt depa betui..sy selalu buat donno je bila org2 terdekat persoalkan pasal penjagaan anak ni.cthnya kenapa tak bg air masak masa afia below 6 bulan..nk bg penerangan nti depa kata kita pandai sgt,yg sebetulnya kita mmg pandai.haha...takkan nak lawan cakap depa yg lebih berpengalaman.mmg tak kose,simpan je la dalam hati...

    Alhamdulillah syukri dah sembuh,harap syukri sihat selalu.jgn lupa doa setiap kali lepas solat..Doa ibu ni mustajab..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah nak pahamkan org kan... baik diam jer. huhu..

      Alhamdulillah.. sekejap je dia selsema. ummi yg lebih2. huhu.
      tentulah PK. kite sebagai ibu mestilah setiap kali solat doakan kesejahteraan anak.. jaga kate tiap kali solat. tiap kali dia tido. atau pndg muka dia kite doakn..

      Delete

tengkiu for komeng.. i'll catch yuu.. ngehh..