Muafakat suami isteri.


tajuk... kemain lagi.. tak tau nak letak tajuk apa. kihkih..
aku bukanlah nak berceramah atau apa.. apatah lagi aku pun masih hijau dalam melayari alam perkahwinan ni..
cuma bagi aku.. dalam berumahtangga ni.. kita haruslah bermuafakat dn memahami satu sama lain.. dan jugak berkomunikasi dengan baik.. memang.. siapa yang tak pernah di duga. di beri ujian.. terpulang bagaimana kita nak handle masalah yang kita hadapi..

aku cukup tak suka seorang isteri mahupun suami sesuka hati mencerca atau mengata pasangan di belakang... kalau bergurau2 sesama sendiri tu lainlah.. dan orang sekeliling pun kenal dan paham bahasa gurau kita tu.
tapi ini.. belakang pasangan.. kita pung pang pung pang mencerca pasangan.. ya.. mungkin ada silap pasangan kita.. tapi.. cubalah cermin diri sendiri pulak..hebatkah kita..? mithalikah kita sebagai suami/isteri. ? tambah bila bergelar suami.. bukankah suami yang patut membentuk isteri andaikata isteri tu tersasar dari landasan..

aku cukup menyampah sang suami yang bersikap begini. depan isteri pijak semut pun tak mati. belakang kutuk isteri.. begitu jugak sang isteri. . tanpa bersalah menjaja cerita perilaku buruk suami..
bukankah lebih baik kita saling menutupi aib sama sendiri. bukankah lebih baik memperbaiki hubungan yang kian hambar tu..
tapi kelakar jugak.. dalam bertelagah tu.. kau tambah lagi ummat nabi muhammad.. hehehe..
itu namanya rezeki dan jodoh di tangan TUHAN.. hargailah pasangan selagi kita masih bernyawa.. wujudkanlah kembali suasana ceria dan penuh cinta itu sebelum terlambat.. sebelum kita dijemput menghadap ilahi.. sebelum kita menangis seorang diri.. meratapi dan menyesali..

aku harap aku, anda2 yang membaca dan mereka.. dijauhi dari sifat2 yang tidak diredhai ALLAH..
moga ALLAH pelihara alam pernikahan kita bersama pasangan  dan keluarga dalam suasana yang sakinah dan diredhai oleNYA. insyaALLAH.. amin...





5 comments:

  1. entry motivasi ke apa ni?haha lawak2 jugak tp yg tertulis tu semua ada benarnya..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. lebih kurang la kot.. motibasi la sangat..

      Delete
  2. haa jenis yg suka jaja citer dalam kain kata orang kan. Patutnya kalau ada yg tak kena atau yg tak suka, bincang... nak baling periuk baling kerusi pun antara laki bini, hehehehe. Ni kalau dah masuk campur tnagan banyak pihak, lain la jadi nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn... nak begado ke hapa.. simpan sendiri.. malu ih dok cerita kat org..

      Delete
  3. sedangkan lidah lagi tergigit... inikan pula suami isteri...kan... ;)

    ReplyDelete

tengkiu for komeng.. i'll catch yuu.. ngehh..