anda berada di kawasan Puan Mell | jangan lupa +Follow | Dashboard

loghat utara di kampungku.



since dok kat kampung yang tak berapa kampung ni.. aku puasss... puass dapat cakap loghat utara. kahkah. sebenaqnya.. majoriti rakyat kampung ni bercakap dengan loghat utara. pasai apa ntah. padahai dok perak. kihkih..
tapi kan.. kesian habaq hang.. kesian ngan hubby aku.. pasai dia salu blurr bila kami sefamily cakap loghat utara. kadang tu.. bila mak aku tanya. dia tak jawab. pasai tak paham. hahaha. lastly.. aku yang kena jadi translator dia.. siap kena warning. dengan dia plis cakap bahasa key el. muahahaha..

contoh :

cemuih : bosan

contoh ayat :

"cemuih aih makan ikan temenung ngan curut ari, nak gak makan ikan besaq2."

ikan temenung : ikan kembung 
ikan curut : ikan sardin.

kaleh : tukar

contoh ayat :

" kaleh sat tb tiga. asek dok tengok katon ja. lama2 muka pun macam katon"

hambat : kejar 

"hambat dia.. hambat dia.. "
(aksi.. opah kejar syukrii .. syukrii lak terkedek2 lari dalam walker. kahkah..)


tetomoih : tersungkur 

" hang jalan tengok bawah ika. satgi langgaq tali. tetomoih kena lantai baghu tau. "



and many more lagi.. sat aku google tunjuk.

dahaga air = lapaq ayaq
basikal = beskat/gheghek(gerek)
cuai/clumsy = cemerkap (cemeghekap)
tidoq tak jeghap = tidor tak puas
yang = hat
tension = sakit pala
kicap=toyu
pondan=darai
air kumbah= ayaq acaq
pukul=tibai/balun
lagu ni = 'macam ni'
eksyen/megah = ciwi
kelam kabut = kalut
conteng = coghiang
sawah = bendang
jalan tat = jalan tar
kekwat = kerek = sombong...berlagak
Gemuk = Topui
pasaipa=gena
manja=merap
ceruk=lachuk
bosan=cemuih
menyebai = merajuk
nalanya jauh = jauh sangat...
tertomoih = jatuh tersembam
tat sat = sebentar tadi
Serlum = pakai.   .eg: serlum kasut, serlum" stoking, serlum" baju
dan = sempat
tak dan dan = tak sempat sempat
nyok = nyiur = kelapa
hawin = lempaq/lempar
tauk = buang
sigung = menyiku
handuh = ghimbuk = pukul (dgn benda mcm kayu)
ketumbil = ketumbit
tukul=merton



sekian saja , mari belajar bahasa utagha.. kihkih..



18 comments:

  1. amboi pekat aih ckp utaqakalah kam yg org pngn kedah ni.sy baru tau curut tu ikan sardin.haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. kt kampung kami ja kot pggil ikan sardin ikan curut. haha

      Delete
  2. hamboi..best nyer dia ckp utara naa...

    ReplyDelete
  3. kak ni payah gak nak alih loghat..
    4 1/2 tahun dok sebut ayak, nak kena kaleh ke ayor pulak..huhu

    ReplyDelete
  4. Banyak jugak persamaan dengan bahasa kelate, cuma slang jer la lain sikit.

    ReplyDelete
  5. byknye vocab kene study...

    chuu

    ReplyDelete
  6. best dapat ckap loghat utara ni..sy biasa dengar jadi sllu nya sy faham...sbb dulu belajar di utara juga..hehe

    ReplyDelete
  7. ada jugak yang faham mcm tertomoih, dan, sigung, cemuih. Lebih kurang je dgn org Pahang. Tapi yg memang lain cam merton, menyebai tu mmg saya tak faham le kalo awk tak ckp kat sini,

    ReplyDelete
    Replies
    1. merton tu bahasa klasik.. kehkeh..

      Delete
  8. hahaha..satu lagi Mell...segak = lawa..

    akak dulu mase mula2 duk utara mcm nak nangis..sebab tak faham diaorg ckp apa..tapi lama2 ok dah..sikit2 belajar ngan en hubby..kalu mak mertua tanya jer mesti melopong..haha..

    ReplyDelete
  9. hahaha.. baru2 lagi.. lelama nanti berabuk la tu skiping utagha.. cikna suka dengar org utagha cakap.. kiut je bunyinya.. hehe..

    ReplyDelete
  10. ehh deqla x komen lagi ke entri ni.. rasanya semlm dah komen... huhu...loghat utara mmg best sebutannya.. tp deqla x reti... kalo kelate tu reti la.. hihi

    ReplyDelete

tengkiu for komeng.. i'll catch yuu.. ngehh..

 
Denim Template. Re- Edited by Puan Mell. ALL RIGHT RESERVED.