anda berada di kawasan Puan Mell | jangan lupa +Follow | Dashboard

Diary : Dugaan Syawal yang menyayat hati.



syawal tahun ni paling menyedihkan.. dugaan datang bertimpa2.. Maaf.. lama tak publish sebarang entry.. malah pesbuk pun tak bukak hampir 2minggu lamanya..
baheklah.. mari dengar kisah menyayat hati ini.. hati aku sebenarnya..

2 august 2013..
pagi sebelum pegi kerja.. badan syukrii dedar.. bagitau bs. dan bagi ubat.. mintak bs bagi ubat.. syukrii menanges bila ummi tinggal dia.. jarang syukrii menanges bila kena tinggal.. sabar jela ummi..
balik, amik syukrii.. badan sangat panas.. tanya bs.. bagi makan ubat tak? bs cakap tak bg makan.. sebab memang badan dia gitu. boleh? and tak bg mandi. sebab rumah dia air sejuk sangat.. boleh macam tu? im feel like.. what the hell? geram.. lucky haritu hari terakhir syukrii kat rumah dia.. lepas ni syukrii tukar bs..
malam, lepas bukak puasa. terus bawak syukrii pegi klinik.. masuk ubat kat bontot..
pukul 4pagi demam lagi.. masuk lagi ubat kt bontot..

3 august 2013 - 5 august 2013..
demam syukrii on off.. bagi makan ubat.. dia sehat dan aktif.. malam dedar balik..

6 august 2013.. 
dah sehat.. tinggal batuk jer.. so, decide balik kampung esoknya.. balik melaka..

7 august 2013..
7 am. bertolak balik melaka.. syukrii tidor jer sepanjang jalan.. agak kurang bersemangat.. asik merengek jer..
9 am. sampai rumah nenek... syukrii demam balik.. cek pakai termometer. 38'c. ALLAH.. demam balik dia..
makngah dukung syukrii.. nafas syukrii agak laju.. makngah ada asma.. so, dia boleh rasa yang syukrii macam nak kena lelah.. makngah suruh bawak pegi klinik cepat.. letak beg.. terus pegi klinik kesehatan umbai.. bagitau dokte yang syukrii demam on off sebelum ni.. doc refer pegi hospital melaka..
11 am.. hospital melaka.. doc suruh amik neb.. 3kali neb.. masih tak clear.. and hasil x-ray.. syukrii kena jangkitan kuman di paru-paru a.k.a pneumonia. kena tahan ward.. takpelah.. demi syukrii.. moga dia sehat seperti biasa.
4 pm.. ward.. 5orang dokter berkurumun cek dia.. tanya macam2.. sampai xlarat nak jawap.  kena cucuk.. masuk air. masuk oksigen.. aduii.. teruk jugak keadaan anak aku sebenarnya..
7.30 pm. bukak puasa.. sayu... rasa hati... telan nasik macam xtelan jer.. dengar takbir raya dari masjid sebelah hospital..  sadiss...
8.30 pm.. doc datang.. syukrii kena masuk PICU.. Nafas dia makin laju.. dah cecah 200+ . oksigen pulak makin kurang.. doc takut nafas dia terhenti tiba2. so kena pantau lebih rapi. sedih sangat.. tengok syukrii melalui saat2 kritikal macam tu.. syukur Alhamdulillah.. syukrii masih mahu menyusu seperti biasa.. sepanjang dia demam.. makanan syukrii hanya susu ibu.. dia xmahu makan atau susu formula.. doc cakap as long dia menyusu tak muntah tak apa. jadi.. aku hanya bf dia sahaja..
duduk dalam PICU.. buat aku menangis tersedu2.. diiringi takbir raya dan bunyi mercun di luar sana..



8 august 2013 ( 1 syawal 1434  )
takbir raya berkemumandang...aku tatap wajah sayu syukrii.. tahun ni kita beraya di sini nak.. moga syukrii membesar jadi anak yang sehat, kuat dan soleh.. maafkan ummi.. gagal jadi ibu yang sempurna.. gagal menjaga syukrii dengan baik.. maafkan ummi sayang.. terkilan sangat..
pagi.. lepas sembahyang raya.. suami aku datang ziarah.. bawak ketupat dan rendang yang nenek bekalkan... pilu.. tengok suami aku pakai baju melayu tak bergosok.. sebak betul. patutnya pagi raya kami akan sedondon.. bergambar.. bersuka ria.. terbayang baju melayu dan songkok syukrii.. apa boleh buat, aturan ALLAH buat kami tentu ada hikmahnya.. aku redha..

bengkak mata sebab banyak menangis.. dahla sepet.. tmbg lg sepet..
syukrii masih lagi demam.. doc masukkan antibiotik.. nafas masih laju walaupun dah berkurangan.. malam tu petukaran shift nurse.. datang seorang. nurse.. dia kata dia kesian tengok syukrii bernafas.. dia cakap dia nak sedut kahak syukrii.. aduii.. mengamuk syukrii bila dia masukkan tiup tu.. luka hidung dia.. tapi.. alhamdulillah.. lepas sedut kahak dia.. nafas syukrii xberapa laju dah.. dan makin lama makin ok.. tapi malangnya pulak. kesan dari antibiotik.. syukrii kena cirit birit sampai melecet punggung dia.. merah menyala.. tiap kalu tukar pempes. maka berkumandang lah suara raungan dia sekalian hospital.

penuh wayar.. terpaksa menyusu satu side sahaja.. 






9 august 2013 (2 syawal 1434 )
petang.. alhamdulillah.. syukrii di lepaskan ke ward biasa.. berjumpa dengan rakan-rakan baru.. rupanya banyak kes macam syukrii.. rata-rata yang dimasukkan ke hospital akibat pneumonia. dan jugak sawan.
dan rata-ratanya jugak dari key el. pulang beraya.. yang akhirnya terstuck kat hospital macam kami. heh! dok dekat ward biasa. buat aku lega sebab boleh sembang2 dengan ibu2 yang lain.. bergurau2.. satu pengalaman yang indah dalam kepahitan.. bila teringat keletah2 anak2 yang lain.. macam2 ragam.. tapi yang paling kuat mengamuk dak syukrii lah.. pantang dokte lalu.. misi lalu.. mengamuk tak hengat..
lagi bila kena neb.. memang bergaduh ajer. sebab dia akan memberontak. kuat lak tu banting badan nak lari dari kena neb.. last2 ummi balut pakai kain batik xbagi gerak.. dorang cakap dah macam ulat beluncas kena balut. haha.. kadang kesian sebab dia mengamuk sampai tertido bila kena neb.. tapi.. ummi kena cekalkan diri.. sebab nak dia cepat baik..

sampai tertido.. 



10 august 2013 - 12 august 2013 ( 3-5 syawal 1434 ).
Alhamdulillah.. akhirnya.. 5 hari raya syukrii dibenarkan balik.. demam pun dah xda.. tujuan doc hold sampai 5ari sebab nak lengkapkan antibiotik. nampaknya.. kami beraya sakan lah kat hospital.. huhuhu.

dah sehat.. ceria lah.. walaupun jarum tak cabut lagi.. hehehe..



tetap ceria anak beranak.. ngeh....



dugaan syawal ini aku terima dengan redha.. walaupun jauh di sudut hati aku menyesali diri.. mungkin aku yang gagal mejadi ibu yang baik.. mungkin ini peringatan buat aku mahupun suami.. mungkin ini juga tandanya ALLAH sayangkan kami.. maka, di turunkan dugaan ini.. ya.. dugaan yang ALLAH bgi itu bermacam2 rupa.. perkara ni buat aku lebih peka dengan keadaan syukrii. nyawa aku yang satu.. andai sakit itu dapat di pindah.. biarlah aku yang menanggungnya.. bukan tubuh kecil dia.. .

note: Alhamdulillah.. syukrii dah sehat dan aktif seperti sedia kala walaupun badan dah susut sikit... 

17 comments:

  1. dugaan bulan syawal..apa boleh buat,pengalaman yg menginsafkan kita kadang2 kan..takpe tahun depan masih bleh beraya lagi.syukur syukri dah sihat..

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar...sabar yer mell..
    ade hikmahnya..bile baca entry mell ni ingat mase raya haji tahun 2010..aleesya kena warded sbb suspect denggi..seminggu lebih jgk mama dia amik cuti..beraya la kami kat hospital..

    Alhamdulillah..skang adik syukrii dah sembuh..sian tak dpt pakai baju raya..tingat kopiah dia yg comel tu..

    ReplyDelete
  3. Memang dugaan ni. Bagi yang alami tau la kan mcm mana..tak terbayang akak ni bila beraya kat wad. adoi..

    Alhamdulillah syukur. syukri dah sembuh.

    ReplyDelete
  4. Dugaan raya....Alhamdulillah...syukri dah sihat..xpe..raya 6..pulun raya sakan yer..raya kan sebulan..hehehe

    ReplyDelete
  5. @Puan Kutu
    sabau jela.. harus cerita kat syukrii bila dia besar.. hehehe.

    ReplyDelete
  6. @mama_ka0ri
    alhamdulillah.. dah sehat dah.. kupiah pkai jugak.. xkira.. haha.

    ReplyDelete
  7. @wantie
    tak sangka kak.. dok berangan macam2 raya taun ni.. dah raya pertama dia.. janji sehat.. pengalaman..

    ReplyDelete
  8. @mama ila
    dok sedap hati kate gitu lah.. raya sebulan.. hahaha

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah Syukrii dah sihat.. neves je kita baca td tau.. take care ya!

    ReplyDelete
  10. sy dpt bayangkan perasaan akk.akk sbr ye.tp Alhamdulillah.dh sihat.moga sihat selalu ye syg~

    ReplyDelete
  11. ya Allah... dugaan nya..
    syukur anak dh sihat

    ReplyDelete
  12. ya Allah kesiannye syukri.. takpela dear.. dugaan syawal ni.. smuanya ada hikmah.. alhamdulillah syukri dah bertmbh baik..selmt hari raya dear.. ;)

    ReplyDelete
  13. @Deqla Manjew
    selamat hari raya deqla.. syukur.. syukrii dah sehat.. itu yg pnting..

    ReplyDelete
  14. sorrylah syukrii...auntie tertinggal keretapi. alhamdulillah...syukrii dah kembali sembuh..

    ReplyDelete

tengkiu for komeng.. i'll catch yuu.. ngehh..

 
Denim Template. Re- Edited by Puan Mell. ALL RIGHT RESERVED.