anda berada di kawasan Puan Mell | jangan lupa +Follow | Dashboard

Berhijrah??



aku tak tau dari mana nak cerita.. aku masih lagi dalam delima.. ceritanya.. hubby aku ajak balik kampung aku.. nak meniaga katanya.. dia nak jadi besines men pulak.. sebab dia dah penat makan gaji + dia dah takda semangat nak dok sini lagi dah setelah mak dia takda..

aku.. tentulah suka.. dok dekat ngan mak sendiri kan.. tapi aku risau.. nak meniaga ni banyak risikonya.. aku takut kami bakal menyusahkan orang.. huhu.. hubby suruh bersikap optimis.. bersangka baiklah dalam segala hal.. dia suruh col mak dan tanya pendapat mak.. yela.. pada mulanya mungkin kami kena menumpang kat rumah mak.. mungkin akan menyusahkan mak sementara nak dapat tempo. tambahan pula kami perlukan pengalaman mak dalam memulakan perniagaan..( mak ayah aku adalah perniaga kecil2an dulu..)

then, aku col mak..

mak pada mulanya agak terkejut.. tapi mak terima dengan tangan terbuka.. mak kata lagi.. kalau nak meniaga.. lakukan dengan sepenuh hati beserta minat yang mendalam.. mak mestilah suka sebab syukrii ada depan mata.. kalau tak asik rindu-rinduan jer..




pastu.. aku bincang2 ngan kakak aku no 3. aku prefer luahkan dengan kakak aku yang ni.. sebab dia pendengar yang baik. dan jugak supportive macam mak aku.. dia adalah ibu tunggal kepada 2 orang anak yang duduk ngan mak aku.. mestilah dia suka kan kalau aku balik. ada kawan kann..

then lagi.. lepas aku bagitau cadangan kami tu.. mak apa lagi.. bercerita lah kat anak2 yang lain.. kat abang aku.. abang aku dok manjung. dekat jugak ngan mak aku.. abang aku sokong jugak. dia lagi suka kami dok kampung.. abang aku kata dia boleh tolong carikan tapak. dan boleh promote bisnes kami nanti.. well.. my brother agak banyak klik jugak kat sana.. also my mum.. mak aku nama memang dah pemes sekampung.. or maybe satu pantai remis kot.. sebab mak ayah aku kan pernah meniaga.. hehehe..

kakak no.2 aku lak.. akak aku yang ni dok kampung sebelah. kawen ngan orang kampung sebelah. mula2 macam tak bersetuju pasal takde epf berniaga ni katanya.. tapi bila mak dan terang musabab dan plan2 dia..( wahh... korang tau tak.. mak aku terus buat plan yu olss.. nak meniaga apa.. macam mana cara. hebak! ) kakak aku pun jadi setuju.. malah turut exsited and nak tolong jugak. kakak aku ni juga bekas perniaga laksa and also pemes sekalian kampung. pasal kakak aku ni kecoh orangnya... ( see... kami memang ada darah perniaga..kehkeh)

my oldest sista. kakak sulung aku.. aku tak sure dia setuju atau tak.. aku belum bagitau dia.. aku risau dia tak setuju jer. sebab dia dok dekat ngan aku kat sini. dia tiap kali cuti mesti nak jumpa syukrii.. mesti dia sunyi kalau kami balik kampung kan.. tapi rasanya dia akan menyokong jugak kalau aku pujuk2 dia. jual sikit nama syukrii. kehkeh.. tapi.. semalam mak bagitau.. dia ada bagitau akak aku yang ni.. dia macam ok je kata mak.. gelak2 bila dengar plan mak tu..



btw.. aku ngan adik beradik aku taklah rapat sangat macam bergurau senda kat pesbuk ke. coling2 selalu ke. xde maknanya.. hahaha.. ate.. aku ngan kakak aku yang no.3 tu je ada pesbuk nyer pung.. tu pun akak aku online nak tengok gambo syukrii je. kahkah..

tapi kan.. mak aku dah advance sikit.. katanya.. nanti dah ada bisenes.. promote lah kat pesbuk tu.. hakhak.. amboih makk...

paling aku tak tahan ayat mak aku..

'" aku sampai tak tidoq la dok pikiaq. nak plan hampa nak meniaga apa... "

bhahaha.. hover la mak aku ni tau.. owes over xcited bila bab meniaga ni tau.. penah sekali aku bagi resepi nasi ayam kat akak aku. dia makan sedap.. terus kata nak meniaga nasi ayam. nampak tak di situ bertapa passion nya dia bila bab meniaga nih.


apapun. keputusan ni aku ngan hubby kena pikir dan plan betul-betul.. tengoklah macam mana gaya.. sebab banyak duit jugak yang diperlukan bila nak start meniaga ni even meniaga kecil-kecilan kan..
any tips yu olss?

xcely.. aku memang minat meniaga.. nak meniaga online.. macam tak berapa jalan lak.. plus.. kat sini aku susah nak ke sana sini.. aku pun nak syukrii membesar depan mata aku.. aku jadi serik lah lepas syukrii masuk spital haritu.. aku jadi paranoid nak tinggal dia kat orang.. huhuhu..



owh yer.. kami plan nak meniaga makan.. agak2 makanan apa yang sedap dan orang suka. mak aku plan jual laksa, abang aku suruh jual lauk pauk.. macam2 lah.. hahaha..


bagaimanapun semua ni masih dalam perancangan.. insyaallah.. kalau di izinkan ALLAH..

15 comments:

  1. klu nak niaga yg paling penting tempat yg strategik ..klu nak niaga mkn tgh hari prefer pd yg berat macam nasi campur...klu nak niaga ptg2..untuk org lepak2..macm sup2 kan ok juga+laksa+goreng2...cdgn la..niaga kecil-kecilan dlu..dah maju leh di perkembangkan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula.. abg dok tengah ushar tempat mana yg strategik.. nak wat kecik2 dulu la.. then, bru kembagkan.. tq bg cadangan. :)

      Delete
  2. klu satu keluarga bagi sokongan padu Insyaallah ada jalannya.hehe macam maher zain plak..rancang betul2 buat sesuatu beserta niat n minat..

    bab berniaga ni sy n en suami byk gak pngalamannya..klu nak cerita buat entry mesti berpart2..byk gak duit kami lingkup bisnes tak berapa menjadi.beli van jual van...mungkin takde rezeki kami lg..adahikmah sebenarnya,lgpun semua tu pengalaman..

    en suami mmg minat berniaga,keluara abah beliau mmg semuanya darah berniaga..abah n mak skang pun still berniaga..mak abah tak berapa restu kot tu yg bisnes tak smooth.huhu

    skang ni mmg byk sgt org brniaga benda makan,klu sedap,murah,plus tempat strategik Insyaallah laku..gud luck!klu betul2 nak buat, sy doa semoga dipermudahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu ar yunk.. kena pkir betul2.. plannya nak wat kecik2 dulu.. tengok macam mana keadaannya.. tp xtau lah jadi ke tak.. masih dlm perancangan.. huhuhu

      Delete
  3. bestnya siap dapat sokongan padu dari semua family. apepun buat keputusan yg terbaik k. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sokongan padu dah dapat.. nak sokongan modal pulak.. hahahaha

      Delete
  4. Bestnya berani macam awk dgn husband. Saya harap saya pon ada keberanian tu sebab sy pon minat bisnes dan sama jugak nak anak membesar depan mata. Saya doakan awak berjaya ye. Saya cadangkan awk jual la makanan yang memang awak expert masak. Mak dan family dan sokong lagi la syok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berani tak berani sangat lah.. hehehe.. kalau keje sekarg pun gaji xnyk mana. hbis bg kat org jer. upah ngasuh .. itu ini... huhuhu

      Delete
  5. rancangan yang menarik..kalau ada sokongan dari ramai orang dan ada keberanian pasti boleh berjaya..kalau nak jual makan..pastikan makanan yg kita jual mempunyai keistimewaannya yang tersendiri..MV doakn apa yg Mell dan keluarga rancang berjalan dengan lancar..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. mak memang dah ade makanan istimewa dia. ramai yg tnya. tp mak dah xbuat.. jd, mak nk kami teruskan legasi dia. ewahh! hahaha.. tq mv. aminn..

      Delete
  6. wahhhhhh bagus tu kak nak berniaga. tambah pulak ha tu mak dah bg sokongan giler2 dah tu. siap exited dok pikiaq plan nk bagi anak dia meniaga apa hehe sempoi arrrr makcik ! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap menjadilah.. kesian kat mak dah xcited sesangat.. huhuhu

      Delete
  7. apa salahnya mencuba kan.. mana tau berhasil.. setuju dgn kata2 hubby awk tu dear.. kena positif.. yakin boleh.. in shaa Allah pasti berjaya.. why not try dulu..

    ReplyDelete

tengkiu for komeng.. i'll catch yuu.. ngehh..

 
Denim Template. Re- Edited by Puan Mell. ALL RIGHT RESERVED.