Resepi : Laksa Mee Pantai Remis.



aku saja nak share resepi dari kampung kelahiran aku ni.. motipnya sebab aku rindu nak makan.. nantilah nak buat pakai mee sanggul. sini mana nak dapat laksa mee tu.. err.. takpun aku suruh mak post kan.. wallaaa... aku pun banyak kali mention pasal laksa mee ni dalam entry aku sebelum ni kan.. ngeh!

laksa mee ni memang terkenal kat pantai remis, perak dan jugak pangkor.. tapi lain sikit caranya.. kalau pantai remis sup dia xletak ikan.. pangkor lak letak..
laksa mee masih lagi jadi pebret warga pantai remis. masih mudah dicari. kat pangkor dah susah kot.. sebab macam2 masakan dah masuk sana kan.. ceritanya kawasan tourist.. hahaha..
masa aku melancong ke pangkor haritu.. ( melancong la sangat.. haha..) cari jugak.. nak test. tapi takda orang jual..

ok.. nak tau rupa laksa mee tu camna? meh sini tengok..

aku cilok dr google..
hehe.. jangan xtau.. aku google je. besepah jugak info resepi laksa mee ni.. rupa dia xde macam laksa pun dik non.. lebih macam speegeti tu.. macam mee sanggul gitu..
dia ada dua jenis.. satu putih.. satu lagi kunin.. tapi sedap lagi putih.. 

ni versi kunin.. macam spegeeti kan.. tapi tidak!

for u guys information.. laksa mee ni cuma boleh didapati di sekitar pantai remis, lumut or pangkor. tp yg pasti pantai remis banyak lah!

btw, jom tengok resepi sedap inih! simple sangat. tapi sedap hoccayy...

Resepi Laksa Mee

Bahan-bahan

Pertama :
laksa mee ( direbus, cuci, tos )
~ terpulang nak bape gulung.. untuk kami sekeluarga selalu 2-3 gulung

Kedua :
bahan untuk sambal
ehsan google

cili kering ( sebungkus RM2 hinggit gitu )
~rebus and blend
15-20 biji bawang merah
1 labu bawang putih
sekepim asam keping @ gelugoq
minyak secukupnya.
garam gula secukup rasa

~btw, kuantiti bahan2 ini terpulang pada masing2 ok.

ketiga :
bahan untuk sup
ehsan google

udang atau ketam
~dua2 lagi marbeles!
air secukupnya
kiub pati ikan bilis (optional. xbubuh pun takpa.)
bawang merah and bawang putih.(hiris dan tumis darat)
garam sikit
daun sup

keempat :
ehsan google

kacang panjang( potong kasar)
lobak masin ( potong dadu)
bawang merah and putih (hiris)
garam sikit

cara-cara buat :

(sambal)
tumis macam buat sambal tumis.
kalau boleh letak minyak banyak supaya cili betul2 masak.. nanti dah siap boleh buang lebihan minyak dan asam keping. rasa dia pedas2 manis gitu..

(sup)
rebus udang dan ketam sampai mendidih.. masukkan bawang yang ditumis darat tadi.
perisakan dengan garam dan kiub pati ikan bilis. tabur daun sup.

(kacang)
tumis bawang yang dihiris dengan sedikt minyak..
masukkan kacang dan lobak masin yang telah dipotong tadi.
perisakan dengan sikit garam.
jangan goreng sampai layu.. bia dia rasa crunchy2 gitu..

cara makan :

letak laksa mee dalam pinggan atau mangkuk
masukkan semuanya.
gaul dan sapdek! 

besaq2 sikit tunjuk. hahaha



perghhh... betul-betul hoo liauu..


noted : rasa dia tak serupa ngan laksa mahupun spegeti. nak tau silalah cuba. hihihihi..

20 comments:

  1. alahh letak udang.. kita allergic la.. eh tapi laksa mee tu special eh.. tp susah nk dapat.. patut dikomersialkan tuh.. haha.. kemain..

    ReplyDelete
  2. sedapppnya nengok...
    boleh cuba nti ni..:)

    ReplyDelete
  3. uikss..nampak mcm sedap..mesti enhubby kita suke sbb ada udang..:)

    ReplyDelete
  4. @Chic Na
    alahai... ruginya chicna xleh makan udang.. tukar ikan lah gitu.. hehehe..
    tu la pasal. kena bgtau tokey dia ni. komersial kn sampai ke key el. haha

    ReplyDelete
  5. @aTieYusof Family
    cubalah.. pkai mee sanggul pun oklah.. hihi

    ReplyDelete
  6. As-salam, singgahan pertama memang kena gayanya,...pcl & famili mmg suka berbuka dgn pasta ni..selalu sangat mee dan mihon..sesekali laksa n k.teow goreng...teringin gak laksa mee tp kena ke pantai remis plk la ye... :) hemm.

    www.nazlee.com

    ReplyDelete
  7. nmpk sedap.. tp laksa? err deqla kalo nak beli je la.. sbb hubby x suka laksa.. kang buat xkan deqla sorg nk mkn, lain la kalo family ada skali kan..hihi

    ReplyDelete
  8. selalu juga ke lumut rumah adik ipar tapi kami jarang makan kt luar..nti2 kena cuba ni.kena p pantai remis la kan..;)

    ReplyDelete
  9. @PakcikLie PCL
    as salam.. tq singgah pakciklie.. tak jugak.. boleh aje buat sendiri.. pakai mee sanggul.. hehe

    ReplyDelete
  10. @Deqla Manjew
    deqla.. ni bukan laksa walupun namanya laksa.. xde kena mengena pun ngn laksa, hahaha

    ReplyDelete
  11. @Puan Kutu
    try tnya dia.. mybe dia tau.. hehehe

    ReplyDelete
  12. terbaik.. baru pertama kali dengar ni. kalau nak buat kena baca betul betul ni.

    maklumlah benda baru kan..kan..

    ReplyDelete
  13. sedappp! sy suka.. mujur duduk sitiawan je.. senang nk p pangkoq makan :)

    ReplyDelete
  14. Kat mna nk cri mee laksa klu area pnang

    ReplyDelete
  15. Guna spageti pon boleh...hehe..

    ReplyDelete
  16. Teliuqqq... ni nk balik pantai kena cari laksa mee..

    ReplyDelete
  17. Terbaiklah laksa mee..mmng setiap kali hari raya mesti buat laksa mee..anak jati pantai remis kpg indah

    ReplyDelete

tengkiu for komeng.. i'll catch yuu.. ngehh..