anda berada di kawasan Puan Mell | jangan lupa +Follow | Dashboard

DIARY : kisah penyusuan syukrii

Assalamualaikum..

hujann tertiba-tiba lebat lak tym menaip ni.. berdentum- dentam.. serta merta teringat kat dak bambam kt rumah bs nun.. mudah2an dia ok2 saja.. semalam bs bagitau dia sekarang berjaga banyak dr tido, asik nak main jer.. bersembang.. meniarap.. menyondol-nyondol muka kat lantai.. angkat2 muntot.. hihi..

berbalik pada topik di atas.. eceh!..
aku tak pernah share cerita pasal ni kan..
sejak syukrii dalam perut.. aku memang dah tanam azam nak full breast feeding dia.. asik google sana sini cari ilmu tentang breast feeding ni..
tapi ternyata nak melaksananya memang amat susah terutama bagi ibu yang bekerja macam aku..
percayalah... orang mungkin kata aku tak punya semangat juang yang tinggi...but pliss.. jangan judge orang sesuka hati.. semangat aku tinggi.. tapi keadaan memaksa.. dan naluri seorang ibu amat tersentuh bila tengok anak menangis kelaparan..  bukan anak je.. mak pun menangis kesedihan.. ( drama sedihh.. )

al-kisah..
syukrii lahir dengan berat 2.52kg.. 10 days after dats.. berat dia turun to 2.35kg.. my second sis suruh bg fm, i refuse ok!. dengan linangan air mata aku kata aku nak sangat2 full bf my baby.. he deserve dats.. itu hak dia.. susu yang mengalir tu di cipta untuk dia.. kenapa aku nak bg susu lain sedangkan susu aku ada. aku teruskan jugak.. and my sister akhirnya menyokong aku.. bg kata semangat kat aku..
at 20 Days.. berat syukrii bertambah ke asal. 2.5kg.. misi cakap.. keciknya.. sobs..
then turn 30 days.. means 1 month usia dia.. berat dia cuma 2.9kg.. alahaii.. sama berat dengan sesetengah baby yg baru lahir.. masa kat kk.. semua dok pakat tanya.. baby prem ke? dushh... sobs lagikk..
tapi aku teruskan jugak bf dia dengan harapan bertambah bambam lah anak aku..

mujur rata-rata amat menyokong aku untuk terus bf baby.. bagus susu ibu ni kata mereka.. cuma ada sesetengah je yg hint2.. tapi bukan bg fm.. nestum.. hadoiilah.. lagi advance! haha.. kesian cucu dia.. patut tembam semacam. sumbat nestum rupanya. terkejut mak aku.. sebab kt kg ada kes baby meninggal usus rosak pasal bg makan awal. kesiann..

aku pun hairan kenapa syukrii susah naik berat. padahal menyusu kuat.. menyedut je kejanya.. mungkin sebab masuk ubat masa kena kunin tu kot.. ntahla.. atau susu aku tak cukup pekat.. ya lah.. masa pantang dok makan ikan je.. sayur jarang.. pasal mak masak ikut dan jer. aku pun xnak la susahkan mak.. dengan ayah sakit lagi.. takkan nak demand nak makan itu ini.. huhu..

tu pasal aku mintak balik awal ke rumah sendiri. ngam umo 45 Days.. terus balik puchong, pasal aku dah tak sanggup susahkan mak.. lagipun aku nak buat stock susu untuk syukrii..

maka bermulalah kisah pumping aku..
sesungguhnya nak curi masa pump dengan ank kecil. dengan nak urus rumah.. 2 minggu pertama memang struggle.. mana nak basuh baju, mana nak ngemas rumah, mana nak masak, mana nak df bby, mana nak pump.. lagi lepas balik dr kg, dia jadi kuat nanges, berubah tempat kot.. kelam kabut jap sementara nak dapat tempo..
then. mula lah misi mengumpul stok.. perah2 dapatlah 2- 3 oz.. sadiss.. jeles tengok orang sekali pump 10 12oz.. takpalah.. myb penat kot kan.. kumpul jela apa yg ada.. tapi.. xleh simpan bnyak2. pasal pakai peti ais satu pintu je pun, yang mana tahan 2minggu jer..

bila dah masuk keja, senang sikit nak pump. pasal baby takda ngan kita kann.. susu pun dah mula banyak.. sekali pump dah boleh dapat 5-6oz.. kira banyak la tu untuk aku..  aku mula displinkan diri supaya ikut jadual pump. sedangkan aku bukan lah sorang yg mudah nak ikut rule.. salu culas kalu bab2 rutin ni.. tapi.. demi syukrii aku gagah jugak.. and aku mula enjoy.. bila tengok susu mencrottt..crottt bila pump..



tapi.. tak lama.. masuk umo syukrii 4month.. demand dia jd lagi tinggi then supply.. bs da mula mengadu.. so,  aku terrrrrpaksa stanbykan susu fm untuk dia sekiranya tak cukup susu yang aku bekalkan.. amatlah beruntung ibu2 yang punya transport sendiri.. boleh lari tym break p hantar susu.. aku? nak wat macam mana.. terpaksa lah.. orang boleh berkata apa saja.. tapi orang tak lalui apa yg kita lalui.. orang mungkin cakap.. alasan ajelah kau! tahu tak.. aku dah buat macam2 untuk tambahkan susu.. makan itu ini.. orang cakap jangan stress.. huhh.... kalaulah semudah itu nak buang stress... oii stress.. pergilah kau jauh2... aku tak suka.. stress kata ok.. aku pegi. kan syok kalu gitu.. tapi tak.. sehebat mana kita berlakon hepi dan tenang.. hanya ALLAH jela yang tahu keadaan kita yang sebenar kan..

ditambah lagi... syukrii tiba2 refuse df.. sangat3 struggle nak df dia.. berkuak lentang la nak bg df.. penah dari kul 12mlm sampai kul 5pg. dia mengamuk takmau df.. Dengan aku pun dia xnak.  sampai tertido kat dada abah dia.. ya ALLAH.. anak meraung.. aku lagi la meraung.. sedihh sangat2... berminggu gak la dia wat perangai.. tidur? aku dah lupa agaknya nikmat tidur tym tu.. penah terdetik kat hati.. nak kena jadi EP mom ke aku ni.. jenuhh.. dah la dia lau nak susu.. tym2 tu jugak.. kalu tak mula la start injin. penah jugak aku sambil dukung pujuk dia sambil tu jugak pump susu.. tp tak bnyak dapat.. bayangkan nak bg dapat 3oz pun 30min pump.. ALLAHUAKBAR.. dugaan betul tym tu..

akhirnya one day, bs cakap dia terpaksa jugak topup fm.. tak banyak.. 1 botol x 4oz jer per day.. so, aku taknak la nyusahkan orang.. memangla aku bayar dia untuk jaga anak aku.. tapi aku bukanlah jenis yang keras hati atau taksub sampai aku susahkan orang yg mencari rezeki dengan jaga anak aku.. penyudahnya.. baiklah., makcik bagilah susu fm kat dia dengan syarat habiskan susu yang saya bekalkan dulu.. huhuhuhu


hari pertama cubaan bg dia susu fm.. my hubby beli ANMUM. pasal kakak dia bg anmum kat anak dia.. so, hubby ikut jela.. aku dah pasrah dah.. ikut jela..
cubaan pertama.. syukrii minum dengan lahapnya.. habis 4oz.. percaya tak? menangis aku saat tu.. anak umi.... maafkan umi.. maafkan umi.. aku tak sanggup bg fm tp aku pun tak sanggup tengok dia menahan lapar.. penah aku picit susu.. setitik dua je yang kua lepas sejam dia isap.. dan dia still ngamuk nak susu.. patut dia ngamuk.. breast? jgn cakapla... selempen-lempennya.. dah leh hayun sana sini. haha.. lembik!

tengokla tu.. pegang sendiri la kunon.. hahaha



dan.. aku cuba positifkan diri.. takpelah topup fm 1- 2 botol.. yang penting susu aku masih lg jadi yang utama.. dan jangan risau.. rutin mengepump aku masin berjalan seperti biasa.. aku tetap supply apa yang ada. walaupun kadang2 bawak blik 2 x 5oz.. aku tak penah putus asa.. kadang2 aku sampai mimpi yang aku sekali pump boleh dapat 10-15oz..  teringinnya.. bila lah saat itu akan tiba?
oh yer.. sekarang ni syukrii nak lebih.. kena tambah jadi 5oz susu per botol.. tak cukup 4oz.. agaknya sebab dah pandai meniarap jadi makin lapar la kot. pakai tenaga katanya.. hehehe
aku jugak tengah berusaha meriahkan balik susu.. mudah2an dipermudahkan..


rutin hariann... tengokla.. org dapat berbotol2.. tp xpela.. ni rezeki untuk syukrii jugak..


sedih sebenarnya.. aku support sangat isu bf ni.. malah aku nak sangat perjuangkannya.. tapi ada orang dengan lantang kata NO ALASAN !! aku still bf my baby okey.. bukan stop terus.. dia masih sedut lagi umi dia ni sampai lempen.. malam2 dia masih lagi nyondol2 cari nenen.. kalau pun aku mix dengan fm, tak bermakna aku tak sayang anak.. tak bermakna aku cr alasan xnak bf my baby.. siapa yg kenal aku dengan baik.. pasti tau macammana aku support bf nie.. btw, lain badan lain pengeluarannya.. aku percaya df lebih buat susu bertambah.. dats why aku jeles ngan surirumah sepenuh masa.. dorang leh df baby sesuka hati..
tanpa perlu pikir nak tambah fm.. tu pasal aku terkilan ada housewife yg bg fm sebab nak anak bambam.. awak dok rumah.. awak takda masalah susu kurang.. kenapa nak tambah fm.. sayangnyaaa...

fyi, syukrii topup fm bila kat rumah bs je.. tu pun andai kata tak cukup susu yg aku bekal.. kat umah still df dengan gelojohnya.. Alhamdulillah.. lepas berkali-kali buat skin to skin dengan dia.. pe,el xnak df tu dah takde.. tp.. kalu dah mengamuk tu.. jgn nak sumbat lah.. takmaunye dia.. huhuhu..

aku harap.. takdalah yang pandang enteng usaha aku nak susukan syukrii dengan susu aku.. aku berbangga jugak.. kat rumah bs.. syukrii satu-satunya baby yang minum susu ibu.. lepas ni dah masuk 6month. aku nak bekalkan homemade solid food untuk dia.. harap dipermudahkan.. tapi aku dah mula risau sebenarnya.. semalam bs cerita dia bg baby lain makan biskut marie yg direndam... terkedu jap!.. aku risauuuu sangat... dia pun dok kata bg nestum la senang nanti.. takmaulaa..... aku dah cakap nanti aku bekalkan makanan dia.. my hubby lak cakap jgn cerewet sangat. nanti anak memilih makan.. helloooo... makan nestom la lg memilih makan dia.. sok besa xsuka makan nasik!.. macam bapak dia jugak kang.. itu ini memilih. hahaha.. aduhh... runsing bila kita je berjuang nak bg yg terbaik kat anak.. huhuhu..


oklah.. panjang lak entri kali ni.. 2 hari karang katanya!

bai.

6 comments:

  1. selamat berusaha..seeloknya sampai genab 2 thn..ehe

    ReplyDelete
  2. Ohh...rupanya mcm ni. Its oklah. Bukan mell x usaha kan? Sdih rtna bca entry ni. Hurmmm...6 bln bboleh dh nk knlkn solid food. Jgn la mel bg nestume. Rtna sokong mell buat sndiri. Bubur ke... tapis taw.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih.. berjuang sendiri.. xmau bg nestum! nestum tu ibarat megi untuk baby.. huhu.. mell dah google.. join group solid food.. cr ilmu pasal ni pulak.. for bulan pertama kena bg puree buah dulu.. 4days rule.. pastu bru bg bubur.. takut dia sembelit. huhu..

      Delete
  3. mell.,hiba bace entry yg ni..betapa seorang ibu berkorban bersusah payah utk baby tercinta.chuu xde pnglaman mcm ni lg. tp rse seronok bila baca entry ni. oh ye,, df tu ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. he my eberiting chuu.. huhu.. sok lusa ada la tu pengalaman.. hehe.. df tu direct feeding. atau ertikata lain menetek. haha

      Delete

tengkiu for komeng.. i'll catch yuu.. ngehh..

 
Denim Template. Re- Edited by Puan Mell. ALL RIGHT RESERVED.