resepi nasi ayam puan mell yang marbeles!

Assalamualaikum..

helloo.. bertemu kembali kita dalam rancangannn... ketuk-ketuk kuali puan mell.. ahak!! bajet shiela rusli nampak.. hahaha..
..xcely entry ni aku peram dah lama dah.. cuma tade masa je nak publish.. hehe.. ahad lepas kami wat makan2.. jemput orang2 selorong taman ngan sedara mara jer.. cadangnya nak jemput sedara mara jer.. tiba2 MIL aku rajin pulak menjemput kgkawan dia yang satu lorong taman nie.. nasib baik 1 lorong je.. kalau 1 taman? mau teberanak aku nak masak.. hahaha..
perhatian! aku masak sorang2 tau.. MIL aku tolong masak makan tengahari jer.. sob2.. tapi takpe.. oleh kerana air tangan aku yang sedap melampau nie.. maka aku jugak dapat pujian melampau dari tetamu yang hadir.. muahahaha... bangga2.. ops.. xbaik bersifat riak mell.. insaf sikit!
yang dorang xtau ni baru percubaan kali kedua aku buat nasi ayam.. bukan expert mana pun.. rata2 puji.. boleh bukak restoran nie... and xkurang jugak yang mintak resepi dari chef mell.. ececehh...

okeh kengkawan.. meh cilok resepi puan mell meh.. gerenti anda bakal jadi tokey nasi ayam yang berjaya..! hahahaha..


nasi ayam marbeles by puan mell

bahan2 untuk 6-8 orang makan. ( boleh tambah bahan ikut tahap kelahapan perut masing2 )

untuk rebus

se ekor ayam ( sila pilih yang segar2.. mantap2 )
2 ulas bawang putih ( ketuk bagi hancor okeh )
2sm halia ( ketuk jugak )
1 ketul kiub pati ayam ( yang ni aku tambah.. suka ati korang la nak letak ke tidak yer.. )

untuk perap :

1 sudu besar kicap pekat ( aku pakai kicap manis kipas udang jer )
1 sudu besar sos tiram 
1sm halia ( ketuk2 )
2 ulas bawang putih (ketuk2 )
sedikit kicap cair.

p/s : xcely.. aku main tuang jer.. agak2.. xpakai sukatan pun.. hehehe..

untuk nasi :

5cawan beras
3 sudu besar butter ( mak pakai planta.. sila ajuk iklan di radio)
1cm halia ( tumbuk beliau )
4 ulas bawang putih ( tumbuk beliau ni jugak. )
air rebusan ayam secukupnya
garam ( sekit jer.. agak2 korang ler.. )

bahan sos :

5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2sm halia
1 sudu cuka @ perahan limau nipis
garam dan gula
1/2 cawan air

bahan sup :

lebihan air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
rempah sup
sup bunjut tulang ( optional .. suka ati korang )
garam
daun sup ( hiris la ye.. xkn nak letak sebatang2 pulak kn.. )



cara- cara masak :

-Ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh.. lagi marbeles!)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk bersama kiub pati ayam tu..

-Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing... 

-Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, kacau bagi rata, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak macam biasa..

-Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (suke ati korang.. )

-Untuk sup- air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, sup bunjut,  garam dan daun sup tadi.

- untuk sos kicap- amik sikit sup.. pastu letak kicap.. senang je ni..


tadaaa... dah siap untuk di santap! hidang bersama timun dan tomato.

sory.. oleh kerana sedap sesangat.. aku xsempat nak snap walau sepinggan pun nasi ayam tu..


macam ni la lebih kurang rupa dia.. aku curik kt pokcik google..



tapi.. aku ada bukti tau kesedapan marbeles dilisyess nasi ayam aku nie..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

hamik kau hancuq kerusi dibuatnya..
kawan aku punya hal..
bhahahaha...



kalau nak test resepi ni pastikan kerusi dirumah anda kukuh okeh!




note: selamat mencuba!


9 comments:

  1. akak melll, cek lapaq nasi ayammm peberet tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila cuba resepi na ceq.. sedap habaq hang... hahaha

      Delete
  2. makcik buat open house tak ajak..waaaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku wat makan2 sedara je la weyh.. xwat open house.. kengkawan laki aku pun xjemput... huhu..

      Delete
  3. mohon pencerahan apa kaitan nasik ayam mabeles dengn kusi patah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. Kwn aku 2 mkn btambah nasi ayam. Skali dia dok atas kusi. Patah terus. Riuh rendah rumah aku gelakkn dia. Hampeh betol.. Seb bek beliau lelaki. Hahahaha.

      Delete
  4. bile bole rase nasi ayam puan mell ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. try wat sendiri pakai resepi tu.. kompem rase cm makan nasi ayam ai.. kehkehkeh..

      Delete

tengkiu for komeng.. i'll catch yuu.. ngehh..