hamba cinta



perghhh... tajuk entry...
jiwang siott..


benarkah cinta itu buta?
atau manusia sendiri yang buta?
persoalan yang sering bermain di jiwa orang2 yang jiwang..
kehkeh..


jangan jadi hamba kepada cinta.. jadilah hamba kepada pencipta cinta 

itu quote dari hubby aku..
dulu dia selalu ingatkan aku.. bercinta biar berpada.. jangan terlalu taksub dengan cinta..
betul la beliau kata tue..
aku dah menyaksikan pelbagai percintaan yang terlalu taksub dengan pasangan masing2.
erkk.. aku geram sebenarnya.. 
geram bila kawan2 aku terutama perempuan la..
sanggup jadi hamba cinta nie..
terlalu cinta mati..
its okey kalau yang di taksubkan suami sendiri..
xla ralat sangat dengar..
ini tak..
PAKWE A.K.A BOIPREN!!

bila orang nasihat xnak dengar..
tu yang aku buat geram jugak..



apa kejadahnya..?
bak kata wan kamarudin.


kadang2 tu dah terang2 boipren nya curang..
tetap rela.. kononnya cinta sejati..
tanpa cinta boleh mati!

kadang2 tu sanggup badan di jadikan bantal..
untuk pakwe tu sesuka hati bantai!

sanggup.. usia semakin lanjut pun takpa..
akan ku tunggu dirimu..
haih!

sedihh... aku sedih ngan sikap orang perempuan yang macam nie..
lagi2 orang yang rapat ngan aku...
yang aku anggap kakak..
tapi sayang...
kadang2 umur tidak mematangkan seseorang..

dah buntu nak nasehat kawan2 yang taksub ngan cinta macam nie...
bila suruh tinggal je boipren dorang yang perangai tak semengah tu..
jawapan :
aku boleh tinggal dia.. tapi dia yang takleh tinggal aku..

heeeeekkkkk kau!.
sapa yang takleh tinggal sapa nie..
sekali kena tipu.. mungkin ada sebab..
berkali2 kena tipu..
bodoh kot rela di tipu..
belum jadi suami dah macam auta yang terbit dari bibir dia..
macam mana lepas kahwin?
kalau dia bersungguh nak kat kau..
dia xkan  elak2 nak kenalkan kau pada family dia..
dia akan bersungguh2 simpan duit nak kawen ngan kau..

bagi yang bercinta sakan tu..
tolongg... jaga maruah dan batas masa bercinta...
lelaki walau sejahat mana pun dia..
dia tetap nak perempuan suci murni walaupun dia tu x suci mana..
hewhew..

buat mereka2 nie.. semoga di celikkan mata dan jiwa mereka..
agar tidak terpedaya lagi..
dengan janji2 manis seorang lelaki yang tidak pandai menghargai..
lebih baik merana sekarang dari merana di kemudian hari..

sesal dulu pendapatan.. sesal kemudian tiada guna..

kannn... dah kua pantun aku.. kehkeh..

k.la.. penat bebel..
~cyaa ~


note : entry agak di kuasai emosi.. harap maklum!


jum shoping online..
nak beli t shirt.. hihik

:
:
v

6 comments:

  1. bersederhana lah dalam bercinta. payah kalo dah taksub sgt. hehe.. ;)

    ReplyDelete
  2. cinto bior berpado...kohkokkoh

    ReplyDelete
  3. @izan mama mia kalo xnak masuk paper.. hahaha.. sambung ayat..

    ReplyDelete
  4. betul tu kak mell... kalau baru bercinta dah makan hati , rasanya tak berbaloi nak setia ....

    ReplyDelete
  5. @CikMai dear..ini cerita. Bukan takat baru bcinta.. Lama dn buang masa bcinta.. Kesudahan tetap xpasti.. Rela merana kan diri. Haih!

    ReplyDelete

tengkiu for komeng.. i'll catch yuu.. ngehh..