anda berada di kawasan Puan Mell | jangan lupa +Follow | Dashboard

sifat-sifat yang perlu ada pada wanita





Setiap wanita ada sifat-sifat yang tertentu di dalam diri mereka sejak dari azali lagi dan sifat-sifat ini biasanya ditunjukkan oleh mereka setelah meningkat dewasa dan lebih-lebih lagi ketika sudah berumah tangga.
Setiap lelaki juga mengimpikan untuk memiliki wanita yang memenuhi ciri-ciri idamannya dan para wanita juga perlu mengetahui apakah sifat-sifat wanita yang di idamkan oleh lelaki. Berikut adalah sifat-sifat wanita yang menjadi idaman para lelaki.



Sikap Keibuan

Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuatkan lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja.
Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.
( dan sekarang wajah saya keibu-ibuan... muahahaha )



Keanak-anakkan

Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.
tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.
( hehehe... saye memang manje ngan en.hubby.. and beliau suke.. and die suke saye merengek cam budok2.. :p )



Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya.
Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan-bukan sebaliknya cuba mengerti dan menyelesaikan masalah bersama.

( nie penting.. saye seorang yang lembut.. tinggi suare xde dalam kamus okey.. sebagai pasangan yg baik.. bile die stress or marah2.. diam adalah baik.. bile die da cool.. bru bincang.. okey hadek2.. ahak! )



Menghargai

Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

( hargai la dia... beri dia sokongan.. walaupun beliau sekadar main games angry bird.. pasti beliau tersengih gumbira.. miahaha)



Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya.
Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Lelaki mana yang tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3?
(nie memang kene jage.. jgn dok selekeh sangat lah..)



Pandai berbicara

Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik.
Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.
( i love dis part... coz... we talk about everything... nak tau... komunikasi amat penting dalam perhubungan.. as yu noe... ai mak lawak kan... hahaha )



Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda.
Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
( susoh sikit... tp saye akan cube sungguh2... pasal saye lmbat panas bila mule2 di ajak berborak.. )



Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dengan wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.
Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
( ye... jgn mudah2 serah diri... hormatkan diri sendiri.. lelaki akan cari calon isteri yg xlepas laku okey.. )



Simpati dan prihatin

Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.

(saye memang pemurah..... lalalalala.... )




credit : notahati

2 comments:

  1. wahhh mcm saye ade je...patutlah disayangi.muahaha..amboi over konfident :B gurau je.

    Sy pun mcm kak mell, tambah bila dia bawak jumpa kengkawan dia, sy paling senyap antara awek2 kawan dia semua. Segan =..=

    ReplyDelete
  2. hahahha... kan mai... ai camtu... susah nak ngam ngan org baru kenal.. lain la tak nampak muka... hahaha.. tp lame2 ok lar.. makan mase sikit.. hihik..

    ReplyDelete

tengkiu for komeng.. i'll catch yuu.. ngehh..

 
Denim Template. Re- Edited by Puan Mell. ALL RIGHT RESERVED.