anda berada di kawasan Puan Mell | jangan lupa +Follow | Dashboard

kenal perempuan melalui cara berjalan








Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.


Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri


Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.



Jika berjalan suka menunduk


Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.



Jika berjalan menatap lurus ke depan


Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.



Jika berjalan badan tampak tegak


Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.



Jika berjalan seperti zirafah


Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.


jika berjalan mengarah ke belakang


maksudnya wanita jenis ini perasan dia punya mata di belakang kepala..




jika berjalan mengiring ke kiri atau kanan


maksudnya wanita jenis ini terlalu taksub dengan ketam!!!










note: entry suka-suka

8 comments:

  1. Hahah this is such an interesting article. I'm not sure what's my walking style exactly, but I believe I'm the type to walk straight without looking to the sides.

    And this statement: "Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas."
    Yup, that's me. :D

    ReplyDelete
  2. wahh..lepas ney nak jalan menunduk la..hehehe

    >> Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

    muahahahahaha

    ReplyDelete
  3. same us.. jrg nak pndg kiri kanan... but sometimes i jln menunduk.. setia..! muahaha..

    ReplyDelete
  4. nice smile... haha praktik kan.. jgn langgar pokok sudah.. nunduk jek..

    ReplyDelete
  5. he3 . betol la dgn ape yg ditulis . ha3 . mmg same dgn watak n personaliti saye ;)

    ReplyDelete
  6. iwanfina- iye? hehe... kebetulan sangat kan...

    ReplyDelete
  7. xley concentrate... emoticon tu distract meee... hahahahaha... ketawa psl benda alah tu jeee

    ReplyDelete
  8. sha- haha.. Pnt i cri emoticon tu tau nak bg kene ngn tajuk. Hahaha. . Gedik knn. . .

    ReplyDelete

tengkiu for komeng.. i'll catch yuu.. ngehh..

 
Denim Template. Re- Edited by Puan Mell. ALL RIGHT RESERVED.