kesah kualiti sebatang pensel..

kesah 5 Kualiti Pensil

Adi Melihat Neneknya sedang asyik menulis lalu Adi bertanya, "Nenek sedang menulis apa?"

Mendengar pertanyaan cucunya, sang Nenek berhenti menulis lalu berkata, "Adi cucuku, sebenarnya nenek sedang menulis tentang Adi. Namun ada yang lebih penting dari isi tulisan Nenek ini, iaitu tentang pensil yang sedang Nenek pakai. Nenek berharap Adi dapat menjadi seperti pensil ini ketika besar nanti."

"Apa maksud Nenek Adi harus menjadi seperti sebatang pensil? Lagipun pensil itu biasa saja, sama seperti pensil lain," jawab Adi dengan bingung.

Nenek tersenyum dan menjawab, "Itu semua bergantung bagaimana Adi melihat pensil ini. Tahukah cucuku, Adi, bahawa sebenarnya pensil ini mempunyai 5 kualiti yang boleh membantu adi  tenang dalam menjalani hidup."

"bolehkah nenek perjelaskan dgn lebih detail?" pinta Adi

"Tentu saja Adi," jawab Nenek dengan penuh kasih

"Kualiti pertama, pensil dapat mengingatkanmu bahawa kamu boleh melakukan hal yang hebat dalam hidup ini. seperti sebatang pensil ketika menulis, kamu jangan lupa ada tangan yang selalu membimbing langkahmu dalam hidup ini. iaitu ALLAH, DIA akan selalu membimbing kita menurut kehendakNya".

"Kualiti kedua, dalam proses menulis, kita kadang2 beberapa kali berhenti menulis dan menggunakan rautan untuk menajamkan kembali pensil yang kita pakai. Rautan itu pasti akan membuat pensil menderita. Tapi setelah proses meraut selesai, pensil itu akan mendapatkan ketajamannya kembali. Begitu juga denganmu, dalam hidup ini kamu harus berani menerima penderitaan dan kesusahan, kerana itulah yang akan membuatmu menjadi orang yang lebih baik".

"Kualiti ketiga, pensil selalu memberikan kita kesempatan untuk mengunakan pemadam, untuk memperbaiki kata-kata yang salah. Oleh kerana itu memperbaiki kesalahan kita dalam hidup ini, bukanlah hal yang tidak baik. Ia membantu kita untuk tetap berada pada jalan yang benar".

"Kualiti keempat, bahagian yang paling penting dari sebatang pensil bukanlah bahagian luarnya, melainkan arang yang ada di dalam sebatang pensil. Oleh sebab itu, selalulah berhati-hati dan menyedari hal-hal di dalam dirimu".

"Kualiti kelima,  sebatang pensil selalu meninggalkan tanda/goresan. Seperti juga Adi, kamu harus sedar kadang2 apapun yang kamu lakukan dalam hidup ini akan meninggalkan kesan. Oleh itu selalulah berhati-hati dan sedar terhadap semua tindakan".

"bagaimana Adi?  pahm apa yang Nenek cuba sampaikan?"

"paham Nek, Adi bangga ada Nenek yang hebat dan bijak seperti nenek."

Begitu banyak hal dalam kehidupan kita yang memberi pengajaran hidup tanpa kita sedari dan punya nilai-nilai yang berguna bagi kita. Semoga memberikan manfaat...


~enjoy ur reading~

No comments:

Post a Comment

tengkiu for komeng.. i'll catch yuu.. ngehh..