anda berada di kawasan Puan Mell | jangan lupa +Follow | Dashboard

Impian lama

Assalamualaikum.

Ingat lagi tak cerita yang kononnya aku nak balik niaga tapi tak jadi.
Yela.. kita merancang tapi Allah jua yang menentukan.
Begitulah ceritanya..
Impian dulu dulu konon nak meniaga. Rasa pasaran kat kampung lebih luas. Ada mak yang boleh bantu. Nampak tak? Niat dah tak betul. Nak menyusahkan orang tua. Tu pasal Allah tak bagi jalan rancangan tu. Huhu.
Lagi pun. Masa tu ilmu tak ada. Semangat je lebih.. pakat nak redah. Orang pun banyak yang bantah. Kita pun dengar cakap orang. Hurm.

Oklah.. tinggal kisah lama.
Mai kisah baru nak cerita.
Ekceli.. impian lama nak meniaga dah pun tertunai lebih kurang sebulan yang lalu..
Ala.. bukan niaga restoran pun.. cuma gerai tepi jalan..
Alhamdulillah.. sejak kami kembali semula ke sini 2 taun lepas. Kawan kawan suami aku banyak sangat membantu.. tiap kali ada lubang kerja side2 income ni mesti dorang bagitau.
Yela.. since balik sini aku dah tak kerja. Jadi fulltime housewife. Mestilah en suami terpaksa bekerja lebih keras. Tambah lagi anak2 dah bertambah.. apa lagi dengan kos hidup di zaman sekarang ni kan.. Allahu.. rasa nak menangis kan. Huhu.

Oklah.. inisiatif dari kawan2 suami. Dari dorang dok lepak sesaja dorang pun pacak naik kedai..
Bukanlah taraf2 restoran. Tapi taraf2 kedai makan tepi jalan tu je..
Apapun syukur sangat. Dari awal lagi dorang memang dah suggest suruh kitaorang yang meniaga.
Kalau nak tau dorang jd QC dulu tau sebelum proceed bole meniaga. Haha.

Dipendekkan cerita. Kami pun kumpul la duit sikit2 beli barang2 nak bukak gerai.
Haa.. lupa nak bagitau. Kami ni bukan full time niaga. Tapi part time je. Suami aku still lagi ngan job dia. Kiranya. Dia balik kerja pastu bergegas p meniaga. Aku yang masak.

Aku ni bukanla pandai masak sangat. Sejak kawen je aku belajar masak. Sebelum tu. Harooomm.. tau masak sardin ngan sup je. Haha.

Oleh kerana nasi ayam aku je yang orang suka. Dorang suruh niaga tu. Bole la campak2 jadilah nasi ayam.. hehe.

Menu kami :

Nasi ayam ( ayam goreng bila serves hokeyyy.. panas2 giteww)
Bihun sup utara ( cili kicap johor style. )
Mee sup
Laksa ( on demand. Ada permintaan baru buat)
Nasi lemak rm1.

Ols air tangan aku. Haaa.. jangan tak percaya. Walaupun punya anak kecik, hero lagi tu.. aku tak mampu buat semua tu. Hahaha.

Btw, siapa sangka.. perancangan dulu.. Allah da tetapkan disini dan saat ini. Syukur Alhamdulillah.. terima kasih ya Allah.

Memang, ini baru langkah kecil. Untung pun bukanlah ribu riban. Tapi sekecil2 rezeki yang diberi. Aku bersyukur sangat2..
Semoga diperluaskan lagi rezeki oleh Allah swt.

Oklah cukup sampai di sini..
Oh ye, kedai kami kat puchong batu 14, bersebelahan masjid darussalam. Kalau nak cuba datanglah.. hihihi.

Cyaa...


Ni gambo makan kat rumah. Tak semenggah sikit. Kihkih

Jari kembali berbicara.

Alhamdulillah.. hampir berabad lamanya jari tidak berbicara..
Terasa kekok diriku merasa.
Kihkih..

Buat pengetahuan para pembaca. Saya telah pun melahirkan anak ke 2 pada 19 jun 2015 taun lepas.

Last update sebelum beranak kot rasanya. Hehe. Da 7mo+ da pun baby. Syukrii dapat adik boy la uols.
Nama dia Adrii iman ali.

Banyak nak cerita.. tapi cukupla takat ni.. nanti2 ada masa kita celoteh panjang2 na..

Tepek sekepim gambar adrii masa baru lahir.

 
Denim Template. Re- Edited by Puan Mell. ALL RIGHT RESERVED.